Categories: Filem

Liyana Jasmay Tak Letak Sasaran Pada Bella Dan Jamie

Filem pertama terbitan syarikat produksi milik pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay iaitu Mermaid Production akhirnya menemui peminatnya hari ini di pawagam yang berhampiran.

Mengakui walaupun karya ini disimpan selama tiga tahun, namun Liyana Jasmay berasa puas kerana kos pembikinan filem in adalah hasil duit poketnya sendiri.

Sumber : Instagram @liyanajasmay

” Bella & Jamie membuka mata saya terhadap kerja penggambaran, terutama pasca produksi yang memerlukan kos yang sangat tinggi. Manakala proses suntingan nya pula saya menyerahkan sebulat-bulatnya kepada Ghaz Abu Bakar kerana beliau lebih memahami kehendak penonton memandangkan saya lebih suka melihat filem yang tidak meleret”

“Penonton adalah bos dan saya perlu memberikan hasil yang memuaskan hati mereka. Walaupun saya perlu menunggu dan membelanjakan wang penerbitan drama semata-mata mahukan hasil yang menepati cita rasa penonton diluar sana.” Katanya

Tambahnya, Bella & Jamie turut mendapat bantuan daripada pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki dan Ahmad Idham sebagai Sutradara filem ini.

” Ahmad Idham adalah orang pertama yang mengajar selok-belok proses menghantar produk akhir ke Skim Wajib Tayang untuk mendapatkan tarikh tayangan. Manakala, Afdlin antara individu yang saya pernah berkerja bersama-sama sejak kecil lagi.” Tambahnya.

Ketika ditanya mengenai target kutipan filem Bella & Jamie, Liyana Jasmay memberitahu beliau tidak meletakkan sasaran yang tinggi sebaliknya, menarik nafas lega sekiranya filem ini mampu mengaut kutipan sebanyak RM1 juta.  

Jadi, buat semua peminat Liyana Jasmay dan Juliana Evans, korang bolehlah menonton filem Bella Dan Jamie di pawagam yang berdekatan hari ini!

Salma Syahbuddin