Categories: Filem

Masihkah ada cinta di Mocha Kau Bahagia 2?

Kalau episod Mocha Kau Bahagia musim pertama menyaksikan kisah suka dan duka antara dua orang sahabat iaitu Firdaus (Syafiq Kyle) dan Melur (Farah Nabilah) yang berkongsi zaman remaja bersama dan tekad untuk memulakan karier di McDonald’s.Dalam kesibukan mengejar cita-cita,  kedua-duanya menyimpan cinta terhadap satu sama lain. Namun perasaan itu dibukukan di dalam hati. Namun diakhir musim pertama menyaksikan Firdaus dan Melur bersatu di antara cinta dan cita-cita.

Dan untuk musim ke-2 ini, nampaknya konflik diantara Firdaus dan Melur semakin tegang apabila Melur yang sudah bersedia untuk ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka terpaksa berhadapan dengan sikap Firdaus yang semakin acuh tak acuh. Ini membuatkan Melur tertanya-tanya, adakah Firdaus benar-benar serius dalam hubungan mereka? Atau ada rahsia yang tersimpan dalam hati Firdaus? Dapatkah Firdaus dan Melur bersatu kembali setelah pelbagai rintangan yang mereka lalui?

Bagaimana pula dengan hubungan barista McCafe, Azlan (Syafie Naswip) dengan seorang gadis misteri bernama Erin (Eyra Hazali) yang selalu memesan Cappuccino? Adakah dia akan Berjaya menambat hati gadis tersebut?

Mocha Kau Bahagia Musim Ke-2 turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti, Syafiq Kyle, Farah Nabilah, Syafie Naswip, Eyra Hazali, Fatimah Abu Bakar dan Vanidah Imran. Serta penampilan istimewa dalam Mocha Kau Bahagia 2 ialah, Raja Atiq, Yana Alyahya, Nadia Brian, Issey, Fezrul Khan, Shuhada dan Donna Muslim.

Jadi kepada semua peminat Mocha Kau Bahagia 2, Korang boleh saksikan drama ini pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 9.50pm, hanya di TV3.

Dan, korang boleh saksikan disebalik tabir pembikinan drama Mocha Kau Bahagia 2, Trailer dan kesemua gambar pelakon kesayangan korang sepanjang penggambaran drama ini dengan hanya memuat turun App McD di Google Playstore atau Apple Appstore telefon bimbit korang!

Android: http://bit.ly/mcdappandroid
iOS: http://bit.ly/mcdappios 

Tunggu apa lagi, muat turun sekarang! Jangan Ketinggalan!

Salma Syahbuddin