Filem By: Atiqah Johari July 31, 2023 @ 8:38pm

‘Mat Tudung Begins’ Bukan Sambungan Mat Tudung, Karya Sulung Fizz Fairuz Buat Ramai Tak Kering Gusi!

Sebelum ini, filem Mat Tudung pernah ditayangkan pada tahun 2014 yang mana Dato Fizz Fairuz membintanginya sebagai watak Johari dan Johanna.

Kini, selepas sembilan tahun, Fizz Fairuz tampil sebagai penerbit, pengarah dan pelakon dalam menghasilkan ‘Mat Tudung Begins’ untuk karya sulungnya ini.

Walaubagaimanapun, jelas Fizz, ‘Mat Tudung Begins’ bukanlah kisah kesinambungan kepada filem Mat Tudung terdahulu.

“Saya ada tanya pada pihak penerbit sebelum ini sama ada nak sambung atau tidak, tetapi tiada jawapan daripada mereka. Mungkin sebab kekangan bajet atau ada sebab-sebab lain.

“Memang saya berminat nak buat sambungannya, Cuma ia di bawah produksi Showbiz dan ambil masa juga nak minta kebenaran untuk pembikinannya,” katanya.

Malah, Fizz juga telah mendapat kebenaran daripada Dato Norman Abdul Halim selaku penerbit Mat Tudung untuk menerbitkannya sendiri.

“Akhirnya hasrat saya ini terlaksana setelah saya dapat kebenaran untuk terbitkan sendiri, tetapi bukanlah Mat Tudung 2.

“Sebaliknya, ia adalah prekuel yang bermakna kisah yang berlaku sebelum Mat Tudung pertama dan sebab itu tajuknya adalah Mat Tudung Begins.

“Menerusi filem ini, ia menjelaskan tentang bagaimana Johari boleh belajar menjadi Mat Tudung dan rakan yang mencetuskan idea untuk dia menyamar,” ujarnya.

Susulan itu, menerusi filem pertamanya ini, Fizz menyajikan jalan cerita yang sarat dengan komedi dan menghiburkan buat penonton.

Tambah, Fizz mengakui dia memilih barisan pelakon dan pempengaruh media sosial yang hebat untuk menyerikan lagi ‘Mat Tudung Begins’.

Antaranya ialah Achey, Isyariana, Fazlina Ahmad Daud, Kazar Saisi, Maryam Durian Kimchi dan Mimi Peri.

“Untuk filem Mat Tudung Begins ini, saya percaya ia lebih kelakar berbanding yang sebelumnya dan saya yakin penonton akan rasa terhibur.

“Selain itu, saya juga menampilkan barisan pelakon-pelakon yang hebat dan turut diserikan lagi dengan kemunculan dua orang influencer terkenal.

“Saya tak pilih secara tangkap muat kerana nak memastikan setiap pelakon mampu membawakan karakter masing-masing dengan berkesan supaya dapat memenuhi apa yang saya mahukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fizz juga berkongsi tentang cabaran yang dihadapi dalam penghasilan filem pertamanya ini.

Sementara itu, Fizz mengakui bukan mudah untuk memikul tugas sebagai penerbit, pengarah dan pelakon.

“Nak merealisasikan impian saya ini bukanlah mudah, sehinggakan saya terpaksa menunggu selama sembilan tahun.

“Saya lakukan pelbagai usaha, misalnya cari duit modal untuk pembikinan, jumpa orang sana sini… alhamdulillah, saya telah ditemukan dengan seorang insan yang bantu saya merealisasikannya,” ujarnya.

Sehubungan itu, filem ‘Mat Tudung Begins’ akan ditayangkan bermula 3 Ogoos 2023 di pawagam seluruh negara.

Jangan lupa saksikan dan beri sokongan untuk filem ‘Mat Tudung Begins’!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 Oct 2022

Didakwa Tidak ‘Sweet’ Dengan Suami, Ini Respons Mia Ahmad

Tak semestinya tak tunjuk sweet dekat media sosial tak bahagia kan? Memandai je cakap orang mcm tu 🤨

Kes Mahkamah Tue, 29 Aug 2023
Trending Mon, 9 Jul 2018

Lelaki Nikah Kanak-Kanak 11 Tahun Didenda RM 1800

Peraih getah berusia 41 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan.