Trending By: Maya Basir October 4, 2022 @ 7:51pm

Didakwa Tidak ‘Sweet’ Dengan Suami, Ini Respons Mia Ahmad

Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad tampil beri penjelasan selepas dikatakan tidak romantis dengan suami seperti pasangan selebriti lain.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mia merasakan tanggapan tersebut lucu dan keliru adakah kebahagiaan terletak pada apa yang dikongsi di media sosial.

“Hari itu saya buat anonymous question terima satu soalan ni, “Kenapa tengok macam dah tak sweet dengan husband you sekarang macam pasangan selebriti lain?”

“Gelak saya baca. Rupanya ukuran kebahagiaan tu terletak bagaimana kita potray diri kita dan pasangan di media sosial kah?,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Menurutnya, dia tidak lagi terbeban dengan persepsi orang lain terhadap rumah tangganya malah menganggap perkara itu terlalu remeh untuk difikirkan.

“Persepsi orang tak buat saya rasa terbeban pun. Kalau dulu ya, saya kisah but as we grow older benda macam ni sangatlah remeh untuk difikirkan.

Penerimaan orang tak penting, yang penting Allah redha tak apa yang kita buat? Jelas tak niat kita dalam sesuatu perkara tu kerana Allah. Kena belajar didik hati,” ujarnya.

Untuk rekod, Mia Ahmad mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izham Tarmizi yang merupakan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Issa dan Iris.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 18 Nov 2018

Nota Terakhir Jururawat Sebelum Bunuh Diri Bersama Dua Anak

”Saya Dah Tak Mampu Teruskan Kehidupan,” Nota Terakhir Jururawat Sebelum Bunuh Diri Bersama Dua Anak

Featured Thu, 13 Apr 2023
Featured Tue, 30 Aug 2022

Digelar S*ndal, Pengemis & Sengaja Jual Badan, Puteri Balqis ‘Sarkastik’ Bidas Netizen Puaka

Teruk betul komen komen yang Puteri Balqis terima, tapi setiap jawapan dibalas padu penuh sarkastik! Yang berani komen macam macam tu, jangan nangis tepi bucu katil sudahh la ya 🤭

Hiburan Sun, 14 Jan 2024
Trending Tue, 14 Aug 2018

Bapa Positif Dadah Tetak Anak Umur Lima Tahun

Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).