Categories: Filem

Menarik Sepanjang Di Sebalik Tabir Pembikinan Filem Pulang

Kepada peminat dan penggemar filem tempatan yang telah menyaksikan filem Pulang arahan Khabir Bhatia, anda pastinya mengagumi kesan CGI nya yang begitu kemas dan teknik kesan khas visual yang digunakan sepanjang filem ini bukan? Malah, babak semasa peredaran masa dan tahun yang berbeza juga turut digarap dengan begitu kemas dan menarik.

Justeru itu, tidak hairanlah filem ini merupakan sebuah filem yang berskala besar dengan menelan belanja sebanyak RM 6 juta, juga merupakan filem terbesar terbitan Primeworks Studios setakat ini.

Anda juga boleh saksikan dan dengar sendiri perasaan serta pengalaman pelakon utama dalam filem ini.

Jadi, buat penggemar filem tempatan khasnya, anda juga boleh saksikan dan dengar sendiri perasaan dan pengalaman pelakon utama sepanjang pembikinan filem ini dalam di sebalik tabir Pulang hanya di tonton.com.my dan laman rasmi youtube Primeworks Studios.

 

                                                                                                                                                                                                                                         

Salma Syahbuddin