Categories: Filem

Mira Filzah Lempang Zul Ariffin?

Pengacara program Nona, Mira Filzah mengakui menampar pelakon kacak dan sado, Zul Ariffin dalam filem terbaharu lakonan mereka, Sangkar.

Menurut Mira, beliau terpaksa melakukan perkara tersebut kerana perlu menghayati watak dan mengikut arahan pengarah tersohor, Khabir Bhatia.

” Saya memang betul menampar Zul, tetapi semua itu berlaku atas keizinan beliau juga. Saya rasa, setakat tamparan saya, Zul tidak akan rasa apa-apa. 

Sumber : Instagram @mfmirafilzah

 Tambahnya lagi, bekerja bersama Zul Ariffin dan Remy Ishak dibawah arahan Khabir Bhatia membuatkan beliau teruja dan seronok kerana dapat bekerja bersama mereka yang profesional.

Filem Sangkar, merupakan filem aksi seni bela diri campran (MMA)  yang mengisahkan tentang seorang pemuda lakonan Zul Ariffin (Adam) yang ingin menebus kesalahannya terhadap Remy Ishak (Johan)  yang telah cedera parah akibat perlawanan mereka di luar gelanggang.

Adam perlu memenangi pertandingan ini bagi membantu johan sekeluarga.

Filem yang bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini turut melakar sejarah apabila, diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan. 

 

Salma Syahbuddin