Peminat Tegur Pakaian Eyka Farhana Makin ‘Berani’?

Tidak dinafikan, pelakon Eyka Farhana antara selebriti yang mempunyai pakej lengkap.

Memang cantik dan berbakat orangnya. Lumrah sebagai seorang selebriti, apa sahaja yang dipakai dan ditayang di Instagram pasti akan menjadi perhatian netizen.

Baru-baru ini, pelakon drama Bukan Cinta Aku ini terbang ke kepulauan Bali, Indonesia untuk menjalani penggambaran. Sepanjang di sana, Eyka sempat mengabadikan memori dengan merakam beberapa gambar berlatarkan pemandangan indah di pulau itu.

Namun apa yang menjadi perhatian, rata-rata pengikutnya menegur cara pemakaian Eyka yang kelihatan lebih seksi berbanding dahulu.

Sebilangan besar daripada mereka seolah kecewa dengan aktres berusia 24 tahun itu dan berharap agar Eyka menerima teguran baik dengan hati terbuka.

Di awal kemunculan Eyka dahulu dia pernah dikaitkan dengan pelbagai kontroversi namun ketika menganjak usia 21 tahun, Eyka Farhana enggan lagi membiarkan dirinya terus terjerat dengan kontroversi dan mula serius menjaga nama baiknya.

SGMS Faida