Categories: Filem

Rindu Pelakon Drama Setelah Cinta Itu Pergi? Jom Layan Aksi Mereka Dalam…

Pastinya peminat drama Setelah Cinta Itu Pergi masih terkesan dengan lakonan Insyirah, Ikram dan Marina bukan? Jadi, sementara masih terbawa-bawa dengan watak tersebut, Xtra tampil menyajikan disebalik tabir pembikinan drama ini. Yang pastinya, klip tersebut membuatkan korang semua ketawa dengan telatah mereka. Opss! Insyirah tu takdelah jahat sangat macam dalam cerita ni tau!

Jadi, jom kita layan apa agaknya reaksi mereka ketika sesi penggambaran dilakukan.

Amboi, bukan main lagi Ikram ni kan? pandai buat lawak rupanya. Tak sangka!
Namun, demi menyajikan yang terbaik buat penonton semua, para pelakon haruslah berkerja kuat dan menghayati watak masing-masing.
Apapun, buat semua peminat drama bersiri TV3, Xtra mengucapkan terima kasih kerana terus setia menonton drama-drama terbaik TV3 menerusi platform Youtube Drama Sangat sehingga mencecah langganan sebanyak 100k!
Terima Kasih!
Salma Syahbuddin