Categories: Filem

Fasha Sandha Kena Maki?

Wow! Bukan main lagi penangan watak yang dibawakan oleh Fasha Sandha menerusi drama yang kini di tayangkan di TV3, berjudul Semua Salahku. Mana taknya, dengar cerita, ada segelintir netizen yang sanggup terajang dan tendang TV. 

Fasha Sandha sempat berkongsi perkara tersebut menerusi akaun instagram miliknya dan memaklumkan perkara tersebut adalah lakonan semata-mata.

Malah, pelakon ini juga menambah cukuplah watak yang dibawakannya dalam drama tersebut dapat dijadikan iktibar buat masyarakat di luar sana.
Semua Salahku mengisahkan tentang Sofhi (Fasha Sandha) seorang ibu tunggal yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya, Haris dan menderhakan kepada ibunya (Fauziah Nawi).
Drama yang ditayangkan di slot Lestary ini akan menemui penonton pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam hanya di TV3!
Salma Syahbuddin