Semoga Mabrur…Giliran Ashraf Muslim Pula Tunai Haji!

“Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap saja. Kita jumpa nanti ya,” itu antara luahan pelakon, Ashraf Muslim buat isteri-isteri dan anak-anaknya sebelum berangkat menunaikan ibadah haji, hari ini.

“Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat dan kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya.

“Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke Tanah Suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat serta harta benda sementara waktu untuk menjalankan tanggungjawab yang paling agung.

“Doakan saya supaya mendapat haji yang mabrur dan diberi kesihatan yang cukup di sana,” tulisnya.

Ashraf turut memohon doa semua supaya kedua isteri dan anak-anaknya sentiasa dilindungi Allah.

Dia juga amat berterima kasih kepada ayah, Muslim dan arwah ibu, Farilah Azil kerana kesungguhan mereka serta izin Allah, dia akhirnya dapat menunaikan haji.

“Sedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah saja tahu. Tapi inilah yang dinamakan pengorbanan bukan saya saja perlu lakukan malah orang sekeliling yang menyayangiku,” tulisnya lagi.

Oleh: Endy Ashaari

SGMS Faida