Categories: Filem

#SetulusIkhlas : Program Raya Eratkan Ukhwah Penonton

Sepanjang ramadan dan Syawal ini, Tv3  telah menyajikan pelbagai program menarik buat penonton. Program-program raya TV3 yang akan ditayangkan nanti terbahagi kepada enam genre iaitu Drama Rantaian Istimewa, Telefilem, Bual Bicara, Raudhah, Hiburan, dan Filem yang akan mula bersiaran bermula pada 4 Jun 201 sehingga hujung minggu kedua Raya Aidilfitri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak. Bersesuaian dengan tema Setulus Ikhlas, pihak kami akan menerapkan nilai kekeluargaan dan kesatuan setulus ikhlas antara satu sama lain. 

” Justeru itu kami akan menyediakan program-program yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga, rakan taulan, dan para tetamu untuk sama-sama berhimpun dan meluangkan masa yang berkualiti sepanjang bulan syawal ini” Katanya.

Jadi, tunggu apa lagi? Buat semua penonton setia TV3, jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan terbaik yang telah disediakan buat korang semua khasnya sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini! #SetulusIKhlas.

Salma Syahbuddin