Categories: Filem

Tiada Lagi Watak Luke Hobbs Dalam Fast & Furious 9?

Filem siri francais paling popular serata dunia, Fast & Furious bakal tampil dengan siri kesembilan filem tersebut iaitu Fast Furious : Fast 9 yang dijadualkan bakal menemui peminatnya pada 22 Mei 2020 nanti.

Kalau sebelum ini, desas desus mengatakan tiada lagi watak Luke Hobbs yang dilakonkan oleh The Rock pada siri kali ini akibat kontroversi yang melanda bintang WWE ini dengan watak utamanya Vin Diesel (Dominic Toretto).

Walau bagaimanapun, seorang lagi bintang WWE yang juga aktif berlakon dalam beberapa buah filem sebelum ini bakal beraksi menerusi Fast 9 nanti. Siapa lagi kalau bukan, John Cena!

Cena atau nama sebenarnya John Felix Anthony Cena Jr, 42, dilihat begitu teruja menjadi sebahagian daripada barisan pelakon filem terkemuka dunia ini. Malah, beliau sempat berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Twitternya mengenai penglibatan beliau pada siri francais filem tersebut.

 

 

Berita baik itu sekaligus disambut oleh jutaan peminat Cena.
Wow! Agaknya apakah watak yang dipegang oleh Cena kali ni? Sama-sama kita nantikan!
Salma Syahbuddin