Categories: Filem

[VIDEO] Pertama Kali Aishah Sinclair Dedah Keadaan Bunga Setelah Pemergian Ashraf

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,

Bagaikan sesuai pepatah melayu berkenaan dengan situasi yang melanda penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari apabila kehilangan insan yang paling dicintainya iaitu suami beliau, Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu.

Dan berkongsi cerita mengenai keadaan terkini Bunga atau lebih mesra dengan panggilan BCL, Aishah Sinclair menyifatkan kakak iparnya itu seorang yang kuat dan wanita yang kental. 

Sumber : xtra.com.my

“Bunga kini berada dalam keadaan yang baik. Setiap hari keadaannya bertambah kuat. Dia juga sentiasa bercerita kepada Noah tentang keadaan yang berlaku setiap hari bagi memastikan Noah faham mengenai pemergian bapanya” Ceritanya.

Menurut Aishah, keluarganya itu baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dari Jakarta semalam dan semasa di sana, mereka sekeluarga akan sentiasa bersama Bunga.

Sifatkan Allahyarham Ashraf lelaki yang bertanggungjawab

Sumber : xtra.com.my

Mengakui Allahyarham Ashraf Sinclair adalah seorang yang bertanggungjawab, Aishah sempat berkongsi tentang keperibadian abangnya itu yang suka membantu orang lain sehingga ke akhir hayatnya. 

“Kalau boleh saya nak jadi seperti dia. Kalau tidak sepenuhnya pun, dapat jadi separuh daripada keperibadian seperti arwah pun sudah cukup.

” Selain bertanggungjawab, dia juga suka membantu orang lain. Saya bersama dengannya sepanjang hayat dan memang banyak kenangan bersama arwah.

Allahyarham Ashraf amat disayangi

Sumber : xtra.com.my

Aishah juga sempat berkongsi bahawa abangnya itu begitu disayangi bukan sahaja di Malaysia tetapi juga oleh orang sekelilingnya di Indonesia. Menurut Aishah, ketika mereka sekeluarga tiba di Jakarta, ada jiran yang mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin serta doa selamat buat arwah.  

Dan, beliau sekeluarga memohon jutaan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Allahyarham, Ashraf.

Terdahulu, Aishah atau nama penuhnya, Aishah Jennifer Mohamed Anthony John Sinclair, 40, berkata demekian ketika ditemui pada Amajlis bacaan Yasin, tahlil  dan doa selamat anjuran TGV Pictures, Primeworks Studios, Infinitus dan Sunstrong Entertainment di Masjid Al-Ghuffran, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Untuk berita penuh jangan lupa saksikan Melodi, pada setiap hari Ahad, jam 12 tengahari, hanya di TV3.

Salma Syahbuddin