Categories: Filem

[VIDEO] Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Babak Dalam Drama Maaf Tak Indah Meruntun Jiwa

Tidak dinafikan sejak akhir-akhir ini drama adaptasi novel semakin mendapat tempat di hati penonton. Dilihat seringkali mengetengahkan jalan cerita mengenai realiti kehidupan dan pengajaran maka, tidak hairanlah setiap naskhah yang dibentangkan berjaya mencuri perhatian. Terbaharu, drama rantaian ‘Maaf Tak Indah’ sekali lagi mendapat tempatnya tersendiri apabila sering mendapat rating tertinggi tayangan.

 

 

Netizen puji lakonan Azar Azmi

Semenjak kemunculannya dalam drama rantaian tv popular, Nur, nama pelakon ini semakin melonjak-lonjak bukan sahaja kerana gayanya malah, lakonan beliau yang ‘hidup’ membuatkan penonton dapat menjiwai drama lakonan beliau.

 

Maaf Tak Indah bikin penonton sebak

Selepas drama Camelia, Maaf Tak Indah antara drama yang paling mendapat tempat dihati penonton bukan sahaja kerana lakonan barisan artis terkemuka malah, jalan cerita, isi dan garapan yang baik dalam drama-drama ini menjadikan drama di Malaysia bukan lagi drama tipikal.

Malah,  ramai juga netizen terkesan dengan drama ini sehingga ada yang mengaitkan jalan cerita Maaf Tak Indah dengan kehidupan mereka. 

So, korang yang nak tengok drama Maaf Tak Indah, jangan lupa saksikan drama ini menerusi Youtube TV3 Malaysia dan LIVE TV di xtra.com.my
Salma Syahbuddin