Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie November 20, 2023 @ 5:53pm

Fokus Kepada Keluarga & Nak Jaga Nama Baik, Tom Dah Cuci Tangan Bergelar Penyanyi Kelab Malam

Penyanyi Tom memaklumkan sudah meninggalkan kerjaya sebagai penyanyi di kelab malam demi memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak dan suami.

Akui masih lagi rindu untuk membuat persembahan di hotel dan kelab malam, pelantun lagu Redha itu memberitahu ingin menapak dalam aliran perdana (mainstream).

“Sebenarnya, saya sangat rindu. Jadi, saya akan tengok persembahan kawan-kawan. Dah sampai masanya untuk saya fokus kepada keluarga dan mainstream pula. Saya dah puas bekerja hampir 20 tahun di kelab malam,” katanya kepada XTRA.

Suami tercinta, Fuad Rahman turut menyokong tindakan isterinya.

Menurut penyanyi kelahiran Singapura itu, bekerja sebagai penyanyi kelab malam mempunyai banyak risiko dan bakal berdepan dengan pelbagai kontroversi.

Dia bimbang dengan tanggapan orang ramai yang memandang serong terhadap pekerjaan tersebut memandangkan Tom merupakan seorang anak seni.

“Menyanyi di kelab malam agak bahaya. Orang akan mudah mengata dan cetuskan kontroversi. Kamera semua akan tertumpu pada Tom dan mereka akan merakam video dan viralkan benda yang bukan-bukan,” jelasnya.

Pasangan suami isteri itu turut menepis dakwaan netizen yang sering menanggap penyanyi kelab malam sebagai satu pekerjaan yang hina dan tidak baik.

“Kami tak hina pekerja kelab malam. Orang ingat pekerjaan ini jahat tapi sebenarnya tidak. Penyanyi ini mencari rezeki yang halal.

“Kami hanya menyanyi sahaja, tidak minum atau melayan lelaki pun. Lepas kerja terus balik. Kalau nak buat jahat, di mana-mana pun boleh,” ujar Tom.

Bagi Tom, penyanyi harus pandai menjaga diri dan menjaga batas-batas tertentu dalam pergaulan.

Mengulas lanjut mengenai undangan untuk menjayakan persembahan, Tom terima sahaja dan akan mempertimbangkan berbaloi dengan bayaran.

Dalam pada itu, Tom tidak menolak kemungkinan untuk kembali menyanyi di kelab malam sekiranya terpaksa atau terputus rezeki.

Pasangan suami isteri itu ditemui usai konsert mingguan Famili Duo di Studio Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

Program rancangan hiburan realiti TV berkonsepkan Rancangan Nyanyian Keluarga tersebut menampilkan enam pasangan iaitu Tom dan Fuad Rahman (suami isteri), Syahir dan Shila Amzah (adik-beradik), Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Adam dan Ryan Bakery (adik-beradik), Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik) serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim secara HD hanya di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Sambutan Hangat Konsert Inul Daratista Live In Malaysia Cetuskan Idea, Pencarian Bakat Baharu Dangdut Kini Bermula!

Wah, hangat sambutan konsert Inul ye! Siapa nak jadi bintang dangdut tu boleh la usha!

Trending Tue, 25 Jan 2022

4 Bintang Baharu Bergandingan Dalam Drama Romantik Komedi Life Lila!

Kepulangan Lila ke kampung menimbulkan banyak persoalan kerana orang kampung sudah tidak mendengar khabarnya selama lima tahun. Lila yang terkenal dengan kecerdasannya sering menjadi tumpuan orang kampung. Bersediakah selebriti media sosial ini berterus-terang hal sebenarnya […]

Trending Fri, 23 Mar 2018

Gajet ‘Jemput’ Masalah Mental Pada Anak Kecil, Hati-Hati!

Konflik lain yang boleh berlaku ialah kegagalan kanak-kanak berfikir dengan waras, tiada daya pemikiran kreatif, tidak mampu berinteraksi dan bertutur dengan baik selain  perkembangan emosi serta intelek terbantut.

Hiburan Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] “Banyaknya Duit Dia!” – Netizen Tergamam Ifa Raziah Beli Emas Lebih RM100,000

Fuhhh besar-besar 😍 Alhamdulillah rezeki dia.. Happy birthday Kak Ifa! 🥳

Featured Wed, 7 Aug 2024

Statement ‘Ini Mungkin Abah Punya Last Tengok Badminton Olimpik’ Undang Sebak, Ramai Doakan Ayah Dayah Bakar Terus Sihat

Allahu, sebaknya! Moga ayah dan seluruh keluarga Dayah dikurniakan kesihatan berkekalan😥❤️

Featured Tue, 20 Sep 2022

[VIDEO] Anak Faziani Rohban Selamat Bernikah, Namun Kerusi Adik Bongsu ‘Kosong’ Buat Keluarga Sebak!

Alahai min pun ikut sebak! 😥 Apa jadi sekalipun hubungan adik beradik takkan pernah putus…

error: Content is protected !!