Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 2, 2025 @ 8:26pm

Gabungan Dunia Komik & Layar Perak Tarik Minat Penggemar, Filem Klepet Jalin Kolaborasi Dengan Under 18

Kolaborasi unik antara komik popular Under 18 dan filem aksi komedi Klepet berjaya mencuri perhatian pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pelancaran edisi terhad ‘Exclusive Box’ Under 18 x Klepet bukan sahaja menarik minat ramai penggemar, malah ia mencetus fenomena baharu dalam industri kreatif tempatan.

Diterbitkan oleh Kadokawa Gempak Starz dengan kerjasama Respected Citizen, kolaborasi ini menggabungkan dunia komik dan filem dalam satu naskhah unik dan ia membawa pembaca dan penonton ke satu pengalaman naratif rentas medium yang jarang ditampilkan sebelum ini.

Menurut Aeril Zafrel selaku penerbit filem mewakili Respected Citizen, kolaborasi ini menjadi tarikan untuk filem Klepet yang dijangka tayang pada tahun ini.

“Komik Under 18 x Klepet membawakan naratif eksklusif yang menjadi prekuel kepada filem, sekali gus mengembangkan semesta cerita Under 18 ke arah yang lebih dewasa dan dramatik. Kehadiran watak-watak kegemaran seperti Fox dan Jimi dalam kisah yang penuh aksi menjadikan ia lebih menarik.

“Kolaborasi ini membuktikan bahawa sinergi antara dua cabang seni antara komik dan filem serta ia mampu memperluaskan capaian kepada khalayak pelbagai lapisan usia,” katanya.

Aeril ditemui di majlis pelancaran kolaborasi Under 18 x Klepet di PBAKL, pada Ahad.

Selain Aeril, majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kadokawa Gempak Starz, Chris Yew, pelukis komik Under 18, Zint Lu, pengarah filem Klepet, Indra Putra dan dua pelakon naskhah terbabit, Nadhir Nasar dan Aedy Ashraf.

Tapak pelancaran menjadi tumpuan utama pengunjung apabila peminat mendapatkan set edisi terhad yang mengandungi komik eksklusif, hoodie, pelekat koleksi dan lanyard khas.

Berharga RM120, set ini dijual pada harga promosi RM99 sempena pelancaran di PBAKL dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sepanjang acara berlangsung.

Turut mencuri tumpuan ialah penampilan khas para pelakon Klepet seperti Aedy Ashraf dan Nadhir Nasar yang disambut meriah oleh peminat.

Mereka turut berkongsi pengalaman menjayakan filem tersebut, sekaligus meningkatkan keterujaan terhadap tayangan rasmi Klepet yang dijangka menemui penonton tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Haiza Kekal Relevan 30 Tahun Tanpa Kontroversi, Lancar Semula ‘Dag Dig Dug’ Versi Baharu

Haiza elak kontroversi, terus kekal relevan selepas 30 tahun.

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

“Kalau Nampak Saya & Fattah Amin Keluar Bersama, Itu Semua Atas Dasar Kerja” – Amira Othman

Fattah dan Amira mencuri perhatian pengunjung apabila tampil berpakaian sedondon warna ‘burgundy’.

Trending Mon, 22 Jan 2018

5 Trik Oversized Shirt

Kemeja dengan ukuran besar atau oversized shirt sentiasa menjadi item pilihan penggemar fesyen tidak kira bagi mereka yang memiliki badan besar mahupun bertubuh kecil.

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Featured Wed, 22 Feb 2023
Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Syoknya Street Racing?

Street racing biasanya dijalankan di atas jalan raya, pinggir bandar dan juga di atas lebuhraya. Contohnya, perlumbaan street racing dapat dilihat dalam filem Fast & Furious dan Need For Speed.

Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Fri, 23 Aug 2024
error: Content is protected !!