Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin March 13, 2018 @ 8:51pm

Gaji ‘Ciput’ Bukan Alasan Tak Make Up, Ini Barangan Make Up Bawah RM40

Setiap wanita yang sentiasa bermakeup pasti akan kelihatan cantik dan kemas. Betul tak? Sebenarnya, bermakeup ini bukan sahaja untuk nampak cantik tetapi ia salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan diri setiap wanita. Tetapi ada juga dalam kalangan anda yang tidak gemar bermakeup kan?

Mungkin sebab malas untuk menghabiskan masa depan cermin, iyala kalau nak makeup kena teliti dan ambil masa yang lama. Ada juga yang tak reti makeup langsung, jadi jalan penyelesaiannya mereka hanya memakai lip gloss sahaja ke tempat kerja. Ini antara sebab mengapa anda perlu bermakeup:

1. Sebagai Perlindung Kulit Wajah

Penggunaan pelembab atau pun foundation dapat melindungi kulit wajah anda daripada sinaran matahari. Lagi bagus jika anda menggunakan foundation yang mengandungi SPF (Sun Protection Factor) kerana ia akan menjaga kecantikkan dan kesihatan kulit wajah anda.

2. Lebih Segar

Menggunakan makeup akan dapat membuatkan penampilan anda kelihatan cantik dan segar. Tetapi, jika anda malas untuk menggunakan makeup, anda boleh menggunakan makeup-makeup yang simple seperti lipstik agar bibir tidak kelihatan pucat; dan menggunakan pelembab untuk melindungi kulit wajah.

3. Profesional

Apabila anda menghadiri event ataupun meeting bersama client, penggunaan makeup menjadi keutamaan ya! Ini kerana, penampilan anda akan nampak lebih terurus, cantik dan segar, barulah sedap mata memandang. Penggunaan makeup yang rapi juga akan memperlihatkan diri anda tampak profesional.

Tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa barang makeup semuanya mahal, so tak nak bazir duit! Jangan lah begitu ya, sebagai wanita kena lah belajar makeup barulah nampak lebih bermaya sikit muka itu. Tidak semua barang-barang makeup dijual dengan harga yang mahal tau! Anda kena bijak belek-belek harga dan bandingkan setiap harga barangan makeup, paling senang anda perlu pergi ke Watson atau Guardian je untuk cari barang makeup yang harganya lebih berpatutan dan ikut bajet anda. Kalau anda masuk butik-butik kosmetik yang ternama memang lah mahal! 

Kalau anda nak tahu, ada tau barangan makeup yang dijual dengan harga bawah daripada Rm40! Kalau tak percaya, tengok video tutorial ini. 

Sumber: Lifestyle Liputan 6

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 4 Nov 2019

Pameran jualan barangan Kumpulan Habib meriah dengan promosi!

Semua jenama Habib dijual di bawah satu bumbung.

Featured Tue, 2 Oct 2018

Inilah Satu Jenis Beg Tangan Yang Semua Wanita Bekerjaya Patut Miliki

Ia taklah sepopular mana tapi ia memang sangat berguna.

Oh Lawa Fri, 2 Feb 2018

Bahaya Tester Alat Solek

Namun, tahukah anda tester atau sampel barangan kosmetik seperti gincu, maskara atau eyeliner yang terdapat di kaunter kecantikan boleh mengakibatkan risiko jangkitan Herpes jenis 1 (herpes oral).

Oh Lawa Wed, 18 Jul 2018
Oh Lawa Thu, 13 Sep 2018
Featured Wed, 31 Oct 2018
Featured Fri, 14 Dec 2018

3 Jenis Pembedahan Plastik Yang Dijangka Akan ‘In’ Pada Tahun 2019

Tahun 2019, mungkin makin banyak klinik-klinik estetika di Malaysia.

Oh Lawa Mon, 2 Jul 2018
Oh Lawa Wed, 23 Jan 2019
Oh Lawa Fri, 6 Jul 2018

Efisien Rekaan Abaya Sejak Larangan Arab Saudi Terhadap Pemandu Wanita Berakhir

Mengenakan pakaian abaya dengan potongan jumpsuit bersulam dan berwarna-warni yang cukup efisien, gaya mereka dilihat menyerlah dalam kalangan para wanita lain yang memakai abaya berona hitam

error: Content is protected !!