Gaya Hidup By: Yanie Baharom July 20, 2018 @ 9:00pm

18 Cara Elak Iritasi Dan Jangkitan Akibat Memakai Kanta Lekap

Penggunaan kanta lekap amat meluas pada zaman sekarang. Sama ada sebagai pengganti cermin mata untuk mendapatkan penglihatan yang jelas, ataupun sekadar untuk kelihatan lebih menarik dengan pemakaian kanta lekap yang berwarna.

Bagi pemakai kanta lekap, terdapat langkah yang perlu diambil kira apabila mengenakan solekan pada mata.

Dalam keselesaan memakai kanta lekap, kita harus fahami cara penjagaan yang betul sebelum dan selepas memakainya. 

Pemakai kanta lekap terdedah kepada pelbagai risiko jika penggunaannya tidak dibuat dengan cara yang betul.

Foto: Nona

Berikut adalah langkah atau tips yang perlu diambil kira bagi pemakai kanta lekap yang ingin mengenakan solekan pada mata. 

1. Basuh tangan dengan bersih sebelum memasukkan kanta lekap

Pastikan tangan dilap dengan tisu atau kain bersih sehingga kering kerana air paip mengandungi kuman Acanthamoeba yang merbahaya pada mata. Penggunaan produk sabun tangan yang bebas miyak, losyen dan pewangi adalah amat digalakkan.

2. Masukkan kanta lekap sebelum mengenakan sebarang solekan pada mata mahupun pada muka

Begitu juga jika menggunakan sebarang penyembur seperti penyembur rambut, penyembur minyak wangi; anda dinasihatkan untuk lakukannya sebelum pemakaian kanta lekap.

Satu tip untuk pemakai kanta lekap yang mengunjungi salun rambut: pastikan anda menutup mata apabila disembur dengan sebarang penyembur rambut.

3. Pakai ubat mata

Penggunaan ubat mata sebaiknya dilakukan sebelum memakai mekap.  Jika tidak ia mungkin akan merosakkan solekan anda.

4. Pastikan alat solekan selamat untuk pemakai kanta lekap

Alat solekan yang sesuai adalah hypoallergenic iaitu produk yang mengandungi bahan yang kurang menyebabkan kesan alahan, ophthalmologist-tested dan sesuai untuk mata yang sensitif.

5. Pilih maskara jenis serbuk

Terdapat 2 jenis maskara iaitu jenis serbuk dan krim. Jenis serbuk lebih mudah untuk dibersihkan dari jenis krim apabila termasuk ke dalam mata.

6. Elak penggunaan alat solekan yang berasaskan minyak

Ini penting terutamanya bagi alat solekan mata. Adalah lebih baik untuk memilih alat solek yang mudah dibersihkan dengan pembersih mekap. Ini kerana jika terdapat minyak pada kanta lekap, ia akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan kanta lekap tersebut tidak boleh dipakai lagi.

7. Elak penggunaan maskara yang mempunyai fiber yang berfungsi untuk memanjangkan bulu mata.

Serbuk atau serpihan maskara dari jenis tersebut boleh masuk ke dalam mata dan seterusnya terperangkap di bawah kanta lekap.

8. Elak mengenakan maskara dan eyeliner dihujung mata sebelah hidung

Ini adalah tempat di mana terdapat bukaan kelenjar minyak. Jika bukaan ini dihalang, ia akan menyebabkan mata kering, dan juga boleh menyebabkan ketumbit.

Foto: 1800contacts

9. Elak penggunaan bulu mata palsu

Penggunaan bulu mata palsu memerlukan penggunaan gam pada mata dan adalah amat merbahaya jika gam tersebut memasuki mata.

10. Amalkan penggunaan kanta lekap pakai buang harian (daily disposable).

Terdapat pelbagai jenis kanta lekap yang boleh didapati sekarang. Penggunaan kanta lekap jenis daily disposable dapat mengurangkan iritasi dan mata merah. Mata juga lebih selesa dengan pemakaian kanta lekap yang baru pada setiap hari.

11. Pakai bedak asas jenis water-based 

Mekap daripada jenis krim akan menyebabkan iritasi jika termasuk pada mata. Ini dapat diatasi dengan penggunaan bedak yang berasaskan air.

12. Gunakan bedak jenis pressed powder berbanding loose powder

Jika anda masih menggunakan loose powder, adalah dinasihatkan untuk menutup mata semasa pemakaiannya.

13. Elakkan penggunaan eyeshadow yang berwarna pink atau merah

Ini kerana mata akan kelihatan lebih merah terutama jika berlaku iritasi.

14. Tanggalkan kanta lekap sebelum menanggalkan solekan

Gunakan pembersih mekap jenis hypoallergenic, dan juga bebas minyak. Jenis pembersih mekap untuk mata sensitif juga amat digalakkan.

15. Tanggalkan kanta lekap dengan tangan yang bersih

Sepertimana sewaktu pemakaian kanta lekap, tangan juga perlu bersih dan kering semasa menanggalkan kanta lekap.

16. Jangan berkongsi alat mekap dan tukar secara berkala

Ini adalah untuk memastikan alat solek sentiasa bersih dan meminimakn jangkitan bakteria. Pastikan juga alat mekap ditutup dengan baik untuk mengenakan ia daripada terdedah kepada kotoran.

17. Amalkan penjagaan kanta lekap dengan baik setiap masa

Penjagaan kanta lekap yang baik adalah dengan mengikuti cara membersih, menyimpan dan memakai yang betul dan menukar kanta lekap pada waktu yang disarankan.

Rutin penjagaan yang betul dan berdisiplin dapat mengelakkan daripada berlaku komplikasi yang boleh menimbulkan masalah pada penglihatan anda kemudian hari.

18. Lakukan pemeriksaan mata secara berkala

Anda boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan mata dari optometris yang bertauliah. Optometris akan memeriksa mata dengan teliti dan juga akan memeriksa keadaan kanta lekap untuk memastikan ia selamat untuk dipakai.

Dengan mengikuti tips yang diberi ini, pemakai kanta lekap sudah pastinya dapat menyerlahkan keanggunan diri dengan pemakaian alat solek tanpa perlu risau lagi. Sayangi diri, sayangi mata anda.

Sumber: MyHealth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 5 Jun 2018

Ini Cara Untuk Mengenalpasti Saiz Permaidani Yang Perfect Untuk Rumah Anda

Yelah, kenalah sesuai dengan saiz ruang yang ada dan kedudukan perabot anda.

Gaya Hidup Mon, 29 Jul 2019

Panggilan ke Befrienders percuma mulai Ogos, ketahui dulu apa fungsinya

Fungsi NGO ini penting sebenarnya bagi warga Malaysia.

Featured Tue, 19 Mar 2019

Bakal pengantin jumpa mesej sedih mendiang ibunya pada tapak kasut kahwinnya

Ibunya tidak sempat untuk bersamanya pada hari bahagia itu.

Featured Thu, 29 Dec 2022

Hantar Ke Airport Tunai Umrah, Beto Kusyairy Syukur Dikurniakan Sahabat Seperti Azhan Rani

Pelakon versatil, Azhan Rani menghantar sahabat baiknya, Beto Kusyairy ke lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah di kota Makkah.   View this post on Instagram   A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) Berdasarkan pemerhatian […]

Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

Anda Rasa Yang Mana Di Antara Dua Jenis Makanan Ini Ada Lebih Banyak Kalori?

Gambar-gambar menunjukkan yang ada sesetengah makanan yang anda ingat sihat sebenarnya tak.

Gaya Hidup Wed, 4 Jul 2018
Featured Mon, 2 Sep 2019

Sangkar bagaikan filem pertarungan MMA sebenar!

Saksikan di pawagam yang berhampiran dengan anda!

Gaya Hidup Sat, 30 Jun 2018
familuv Wed, 21 Dec 2022

Meerqeen Sakat Adik, Warganet Seloroh Harap Shaqeel Cepat Membesar Untuk Balas Dendam – “Nanti Buli Abang Pula Tau”

Pelakon sensasi, Meerqeen sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila gelagatnya bersama adik bongsu, Muhammad Shaqeel Shauqeen tular di media sosial. @meerqeen Sorry shaqeel #fyp #foryou ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia Menerusi perkongsiannya di […]