Laut dalam kekal sebagai dunia yang penuh misteri, terutama bahagian yang sukar diteroka manusia.
Bagaimanapun, dengan adanya penyelam profesional dan teknologi kamera yang semakin canggih, lebih banyak bahagian yang kini dapat dirakam terutama hidupan unik yang tidak pernah dilihat.
Menerusi pertandingan gambar paling cantik dan kreatif seperti Ocean Art Underwater Photo Contest, dunia laut dalam kini didedahkan kepada masyarakat.
Pemenang bagi pertandingan itu diumumkan baru-baru ini, dan gambar-gambar yang mendapat perhatian pengadil itu ternyata sangat menakjubkan.
Mereka memberikan kita sebuah pandangan terhadap hidupan laut seperti ikan lumba-lumba dan penyu yang berinteraksi dengan kamera.
Terdapat 16 kategori termasuklah Sudut Lebar, Tingkah Laku Hidupan Laut, Potret, Air Sejuk dan Seni Dalam Air. Jumlah harga bagi hadiah yang diberikan kepada pemenang kesemuanya melebihi RM320,000.
Jom lihat gambar-gambar pemenang!
Sumber: Insider
Jangan lupa saksikan!
“Kalau nak komen pasal kes curang dalam rumah tangga, saya tidak layak,” - PU RIZ
Love the good vibes!
Semoga dipermudah segala urusan Irma dan anak-anak 🤲🏼