Anak Mendiang Micheal Jackson Tertekan Dengan Dakwaan Liwat

Susulan pendedahan laporan dokumentari mendiang Micheal Jackson yang didakwa mencabul dua kanak-kanak lelaki yang juga penari, Paris Jackson yang merupakan anak mendiang mengalami kemurungan.

Gadis berusia 20 tahun itu dikatakan tertekan dengan laporan berkenaan yang memaksanya bersembunyi di sebuah lokasi rahsia.

Ada juga laporan mengatakan Paris dimasukkan ke sebuah pusat pemulihan namun beliau menafikan laporan itu.

Dokumentari mengenai pendedahan jelik itu ditayangkan pada hari ulang tahun ke 10 pemergian raja Pop itu di Festival Filem Sundance di Utah Amerika Syarikat pada Jumaat lalu. 

Dokumentari Leaving Neverland antara lain memaparkan dakwaan seorang  pereka tari lelaki, Wade Robson yang pernah tinggal bersama Michael Jackson semasa zaman kanak-kanaknya dan mendakwa pernah diliwat .

Robson mendedahkan secara terperinci tindakan seksual Jackson terhadapnya sejak dia berumur tujuh tahun sehinggalah dia mencecah akil baligh.

Sebelum ini, Paris memberitahu dia tertekan dengan dakwaan yang dianggap melampau terhadap mendiang bapanya dan hal ini turut dikongsi di laman Instagramnya.

SGMS Faida