Gaya Hidup By: Ad Ops April 12, 2018 @ 1:34pm

Betul Ke Memakai Deodoran Boleh Menyebabkan Kanser Payudara? Ini Jawapannya

Deodoran berfungsi untuk mencegah ketiak daripada berbau akibat peluh yang kemudiannya menyebabkan bakteria terkumpul di situ.

Sesetengah orang bertuah kerana mereka tak ada bau badan. Sesetengah orang lagi memang memerlukan deodoran.

Tapi anda mesti pernah dengar, kan? Ada kepercayaan yang mengatakan bahawa deodoran boleh menyebabkan kanser payudara.

Isu ini telah dibahas bertahun-tahun lamanya, tapi secara saintifik apakah kesahihannya?

Pada tahun 2016, satu kajian yang dibuat oleh University of Geneva mendapati bahawa garam aluminium, kandungan utama dalam produk antiperspirants dan deodoran, boleh mencetuskan pertumbuhan tumor yang akhirnya menyebabkan kanser.

Walau bagaimanapun, banyak organisasi dan pakar kanser tetap dengan pendirian di mana tidak ada kaitan langsung di antara penggunaan deodoran dan kanser.

Presiden Canadian Cosmetic, Toiletry and Fragrance Association (CCTFA) Darren Praznik berkata, “Dalam lebih 20 tahun, kajian yang dilakukan oleh pihak saintifik dan kesihatan serata dunia tak langsung menunjukkan adanya korelasi di antara garam aluminium dalam deodoran dengan kanser payudara.

“Pada tahun 2014, Jawatankuasa Saintifik Untuk Keselamatan Pengguna dalam suruhanjaya Kesatuan Eropah telah menilai tahap keselamatan dalam penggunaan garam aluminium dalam deodoran.

“Mereka membuat kesimpulan bahawa tiada bukti kukuh yang mengatakan garam aluminium boleh meningkatkan risiko apa-apa kanser sekalipun.”

Foto: Shutterstock

Perbahasan mengenai isu ini bermula pada tahun 2001 apabila kajian oleh University of Reading mengatakan garam aluminium dan paraben yang dijumpai dalam alat kosmetik adalah penyebab peningkatan kadar kanser payudara.

Kajian ini tidak diterima oleh sebab beberapa faktor, seperti fungsi deodoran dan antiperspirant yang sepatutnya menutup liang peluh, bukannya menembusinya.

“Apabila deodoran disapukan pada permukaan kulit ketiak, ia akan larut bersama peluh atau kelembapan yang ada di situ,” kata Praznik.

“Ia kemudiannya menjadi gel yang bertindak sebagai penahan sementara di permukaan liang peluh. Ia tidak langsung memasuki aliran darah ataupun kelenjar limfa.”

Menurut Persatuan Kanser Kanada, faktor risiko kanser payudara yang diketahui termasuklah sejarah keluarga yang juga pernah menghidap kanser, mutasi genetik, terapi hormon pengganti, pengambilan alkohol serta obesiti.

Jadi, ini dia jawapan untuk sebarang kemusykilan yang anda mungkin ada mengenai samada deodoran boleh mengakibatkan kanser payudara atau tak.

Lepas ini, tak perlu lagi ragu-ragu.

Sumber: Global News

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 24 Jul 2018
Gaya Hidup Wed, 7 Nov 2018
Gaya Hidup Thu, 1 Feb 2018

Aktres Dan Pengacara Cantik Mira Filzah Kongsi Cara Penjagaan Rambut

Mira Filzah merupakan antara artis hijabista yang cukup popular dalam industri seni tanah air. Malah, pemakaian tudung pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini juga turut menjadi ikutan gadis-gadis di luar sana.

Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018

Ketahui Kegunaan Garfu Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Fikir Selama Ini

Peralatan dapur yang memiliki cabang dipanggil gigi ini juga mempunyai banyak fungsi lain.

Gaya Hidup Sat, 1 Dec 2018

Pakai iPhone Di China, Anda Dianggap Miskin!

Golongan berpendapatan tinggi di China lebih menggemari jenama Huawei dan Xiaomi.

Featured Fri, 21 Sep 2018

Ini Keburukan Hand Sanitizer Yang Anda Tak Tahu

Hand sanitizer sangat membahayakan sistem daya ketahanan tubuh seseorang!

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

“Cinta Pertama Anak Perempuan Adalah Ayahnya” – Comelnya Gelagat Anak Izara Aishah Manja Bersama Adib Khalid!

Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan. @izaraaishahofficialNo man will ever love her more than her baba. ♬ original sound – Umer baba […]