Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin August 7, 2021 @ 6:01pm

“Corak Pembelajaran Dulu & Sekarang Pasti Ada Beza” – MK K-Clique

Penyanyi rap, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 25, mengakui corak pembelajaran dahulu dan sekarang mempunyai perbezaan.

Merupakan siswazah jurusan perniagaan Universiti Teknologi MARA Sabah, anggota kumpulan K-Clique ini menganggap pelajar zaman sekarang beruntung kerana kehadiran pelbagai kemudahan teknologi untuk membantu mereka, terutamanya aplikasi pembelajaran.

“Pelajar yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia zaman sekarang boleh saya katakan cukup beruntung kerana kehadiran aplikasi pembelajaran. Ia menjadi medium terbaik untuk memudahkan proses mencari dan menambah ilmu.

“Tambah pula dalam keadaan di mana kita sedang membiasakan corak menuntut ilmu atas talian secara total kerana situasi semasa pandemik COVID-19 sejak tahun lalu. Bagi saya juga, corak pembelajaran dulu dan sekarang pasti ada beza.

“Kita sentiasa bergerak mengikut perubahan zaman dan arus semasa. Jujur memang saya sedikit mencemburui pelajar SPM saat ini kerana mereka boleh belajar dan mengakses ilmu tak kira masa dan di mana saja,” katanya di majlis pelancaran aplikasi pembelajaran khas atas talian milik pusat tuisyen dan peningkatan akademik PTTI.

Aplikasi itu dirasmikan mentor usahawan terkenal Datuk Wira Dr Azizan Osman dan selain MK, artis popular seperti Zizan Razak, Nabila Razali, Iman Troye dan Tya Arifin turut hadir memeriahkan majlis secara virtual.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman.

MK yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang didudukinya pada 2013 memuji usaha PTTI dengan menghadirkan aplikasi berkenaan.

“Apa yang saya lihat dan boleh rumuskan aplikasi pembelajaran khas atas talian ini sangat ke depan. Ia seiring dengan norma baharu kita lalui sekarang di era pandemik.

“Saya yakin aplikasi ini akan jadi sesuatu yang sangat membantu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

“Dengan ciri antara muka pengguna yang menari serta ‘mesra’ ia mampu menarik minat pelajar untuk memahami input yang dikongsi. Guru di PTTI juga boleh mengajar dengan interaktif sekali gus memudahkan proses penerimaan ilmu untuk pelajar. Terbukti selama ini pelajar yang dibantu PTTI berjaya mendapat keputusan cemerlang dan membanggakan,” katanya

Menerusi pelancaran aplikasi itu juga pelajar SPM boleh melayari aplikasi www.MampuSkorSPM.com untuk memuat naiknya secara percuma.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 29 Oct 2019

Kempen Always Be Clean (ABC) tingkat kesedaran kebersihan untuk kanak-kanak

Kerjasama diantara KPJ Ampang Jaya dan Antabax bagi menjayakannya!

Featured Wed, 29 Apr 2020
Gaya Hidup Fri, 9 Feb 2018

Dah Pukul 3 Pagi Tapi Tak Boleh Tidur? Ini 5 Cara Efektif Untuk Cepat Lena

Memang tension kalau kita kepenatan setelah bekerja seharian tapi apabila kita rebah ke katil, tak boleh pulak mata nak pejam.

Gaya Hidup Fri, 14 Sep 2018

Jangan Asyik Salahkan Udara Luar, Pastikan Persekitaran Rumah Anda Juga Sentiasa Nyaman Dan Bersih

Pencemaran bukan saja berlaku di luar rumah tetapi boleh terjadi di dalam rumah juga!

Gaya Hidup Wed, 27 Feb 2019
Featured Mon, 20 Apr 2020
Featured Wed, 22 Apr 2020

Cara solat tarawih di rumah buat golongan wanita dan ibu-ibu

Solat di rumah adalah lebih afdal untuk wanita

Gaya Hidup Sat, 24 Nov 2018
Gaya Hidup Tue, 20 Aug 2019
error: Content is protected !!