Categories: Gaya Hidup

Dahi Berbentuk Donut Jadi Trend Baharu Di Jepun. Macam Ngeri!

Semakin lama manusia semakin sukakan perkara pelik dan aneh. Kini, muncul pula trend baharu di Jepun di mana anak muda gilakan dahi berbentuk donut atau kepala ‘bagel’. Penulis pun rasa pelik dengan citarasa anak muda di Jepun ini yang semakin kreatif untuk mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar! Cuba anda tengok ini macam bentuk donut tak?

Foto: Jurnal Otaku

Foto: Kapanlagi.com

Ngeri pun ada kalau tengok mereka ini kan? Untuk pengetahuan anda, untuk mendapatkan bentuk bulat atau gelembung pada dahi tersebut perlu melalui proses suntikan satu jenis cecair saline pada dahi selama 1 jam. Kulit akan membengkak seperti belon air dan boleh dibentuk menjadi seperti donut yang dipanggil sebagai ‘bagel’ hanya dengan menggunakan ibu jari. Namun cecair tersebut hanya bertahan selama 24 jam dan akan melarut dalam badan.

Foto: Jurnal Otaku

Foto: Mia Jurnal

Foto: Merdeka

Foto: Mia Jurnal

Menurut seorang penggemar modifikasi badan Jepun, proses tersebut tidak bahaya dan dia tidak pernah melihat kulit menjadi kendur selepas menjalani proses suntikan itu, segalanya kembali normal pada keesokan harinya. Bagi anak muda di Jepun pula, trend tersebut seolah-olah menerokai idea baharu dan juga seperti kembali ke zaman purba.

Penulis tengok macam seram pun ada. Kalau dekat Malaysia ni agaknya ada tak anak muda yang berani buat? Penulis nasihatkan janganlah buat benda yang pelik-pelik macam ini, buruk rupanya, bukannya cantik!

Sumber: mStar

tex_admin