Categories: LIFESTYLE

Sebelum Kematian Berlaku Persediaan Yang Perlu Ada

Mati itu pasti dan setiap yang bernyawa itu pasti merasai kematian. Bila dan dimana, ia bukan dalam pengetahuan manusia. Jadi setidak-tidaknya sebagai hamba  yang Maha Esa, kita harus membuat persediaan seperti mempebanyakkan amal ibadah agar diberi pengakhiran yang baik saat ajal menjemput serta ditempatkan di SyurgaNya

Tambah-tambah jika kematian tersebut berlaku pada waktu malam dan perlu menunggu hingga waktu cerah untuk melaksanakan pengebumian jenazah tersebut. Antara persediaan yang perlu anda buat sebelum berlakunya kematian

Sebelum Kematian Berlaku

1. Simpan Nombor Telefon Penting

Jika anda tinggal dalam komuniti, sila pastikan anda setidak-tidaknya mempunyai nombor telefon bimbit orang-orang penting dalam komuniti anda seperti nombor ahli jawatankuasa masjid.

Adalah lebih baik jika anda mengenali secara peribadi dan selalu bergaul dengan mereka yang dianggap lebih arif dalam soal mengurus jenazah dan pengebumian.

2. Menjadi Ahli Khariat Kematian

Ini adalah perkara yang paling penting memandangkan hampir semua komuniti menyediakan skim khariat kematian ini.

Terdapat banyak faedah menjadi ahli khariat kematian antaranya urusan pembayaran seperti urusan memandi, mengkafan hinggalah selamat dikebumikan boleh didahulukan oleh masjid di dalam skim khairat kematian, dengan syarat anda membayar yuran keahlian seperti yang ditetapkan.

SGMS Enal