Categories: Gaya Hidup

‘Duplicate’ Kunci Dengan Hanya Menggunakan Tin Aluminium, Tak Perlu Pergi Ke Kedai!

Sebelum ini, kalau nak membuat salinan bagi sebatang kunci itu, mesti kena pergi kedai. Ada alat khas yang dipanggil mesin pendua kunci yang boleh buat.

Lagipun corak gerigi setiap kunci kan rumit? Mestilah kena bergantung kepada teknologi.

Mungkin sebab itulah tiada siapa sangka yang tugas duplicate kunci ini sebenarnya boleh dibereskan dengan hanya menggunakan tin aluminium. 

Ya, memang boleh, tapi ia hanya berkesan untuk kunci yang leper.

Foto: saakhtani.ir

Anda hanya perlukan satu kepingan aluminium (tak kiralah penutup makanan dalam tin ataupun tin minuman bergas), mancis atau lighter, pita selofan lutsinar dan sebilah gunting.

Memandangkan anda perlu menggunting kepingan tin tersebut, pastikan gunting anda cukup kuat, ya!

Jom pelajari cara-caranya menerusi video di bawah ini.

Selamat mencuba!

Sumber: 5-Minute Crafts

Ad Ops