Wah…Bocey Pasang Hajat Rakam Lagu ‘Jiwang’

Berlawak sudah…berlakon sudah…nampaknya kumpulan pelawak Bocey bakal menyanyi pula selepas ini.

Tiga anggota kumpulannya, Fad, Abam dan Achey merancang untuk merealisasikan ‘hajat’ mereka menghasilkan sebuah single pula.

“ Perancangan memang ada cuma masanya belum tiba. Sejak lima tahun lepas memang kami bercita-cita nak buat single.

“ Tapi peluang itu masih belum datang. Insya Allah jika ada peluang dan ruang, kami akan hasilkan lagu berkisarkan cinta kerana kami bertiga masing-masing punya pengalaman dan cerita sendiri berkaitan cinta,” kata Fad kepada Harian Metro.

Dalam perkembangan lain, Bocey sekali lagi bakal berentap di pentas Maharaja Lawak 2018. Bukan nak menang tapi untuk kekal relevan dalam industri kata mereka. Apapun, semoga terus sukses dalam karier ya! 

SGMS Faida