Categories: Trending

Kena Bagi ‘Password Phone’ Kalau Anda Bercuti Ke New Zealand. Kalau Tak Nak Bagi Kena Denda!

Dengar macam tak puas hati kan? Yela, kenapa perlu nak beri password telefon bimbit kita kepada orang lain, kan privasi!

Tapi, nak buat macam mana kan, undang-undang negara orang kita perlulah patuhi ketika kita di sana. Untuk pengetahuan anda, undang-undang baharu New Zealand ini juga memerlukan anda untuk memberitahu bukan sahaja kata laluan telefon bimbit, malah apa jua gajet elektronik sebelum melepasi sempadan negara itu. 

Undang-undang ini juga membolehkan pegawai kastam meminta akses maklumat seperti kata laluan, PIN serta kekunci daripada pelancong. Sekiranya pelancong enggan memberi kerjasama, denda akan dikenakan iaitu tidak melebihi NZD5,000 (RM13,461.99)! 

Foto: Siakap Keli

Mahal betul denda yang dikenakan! Nak tak nak kena beri jugalah kata laluan, daripada kena denda dan berhabis banyak duit. 

Sebenarnya, undang-undang ini diperkenalkan bertujuan untuk menjaga sempadan negara itu daripada ancaman bahaya yang berkemungkinan disebabkan oleh pelancong negara tersebut. Ia juga bagi memastikan tiada maklumat berbahaya disimpan dalam peranti milik pelancong. 

Jadi, bagi anda yang nak melancong ke New Zealand, jangan terkejut pula ya! Patuhi saja undang-undang mereka kalau tak nak kena denda. Take note!

Sumber: CNN

tex_admin