Categories: Gaya HidupSemarak

Enggan Diperdaya? Fahami 8 Tips Berguna Membeli-belah Secara Online Yang Selamat

Membeli-belah di atas talian atau online memang cara terbaik untuk menjimatkan masa dan dapat mengelakkan daripada beratur panjang di kaunter, tambahan pula pada musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Urusan jual beli bukan konvensional ini, dilihat sebagai alternatif malah cukup ideal bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja serta rumah tangga sehinggakan tidak ada masa untuk membeli-belah. Membeli-belah di atas talian, menyediakan perkhidmatan delivery terus ke rumah anda.

Foto: Lifehack

Namun di sebalik kelebihan sebagaimana disebutkan, terdapat banyak laporan daripada pelanggan yang terpedaya dengan tipu helah peniaga di atas talian. Justeru anda perlulah memahami tips pembelian secara atas talian ini lebih-lebih lagi buat mereka yang pertama kali mencubanya.

Pengalaman membeli-belah secara talian yang menyeronokkan adalah apabila anda peka dan memastikan laman web yang anda beli mempunyai reputasi yang baik dan maklumat peribadi anda adalah selamat.

Jika anda ragu-ragu dan masih lagi membeza-bezakan antara laman web untuk membeli secara selamat, Hijab & Heels berkongsi 8 perkara yang anda perlu tahu ketika membeli baragan secara online.

1. Membuat kajian anda sendiri

Foto: getfoundnow

Walaupun laman web yang anda beli mempunyai syarikat, tidak semestinya anda akan dapat apa yang anda janjikan. Ramai yang terpedaya dengan iklan yang kreatif dan menonjol, tidak berfikir sebelum mereka menekan butang pembelian. Untuk mengelakkan daripada melakukan pembaziran membeli barangan yang bukan keperluan, lebih baik anda ambil sedikit masa untuk melakukan sedikit kajian tentang apa yang anda mahu beli. Jika anda sudah mempunyai idea tentang apa yang anda mahu, lihat beberapa laman web dan mengambil perhatian terhadap harga barangan tersebut dan apabila tiba waktu jualan langsung datang, anda boleh membandingkan sendiri harga barangan tersebut dan apa yang anda sedang berurusan.

2. Membeli dari laman web yang mempunyai sekuriti

Foto: Oh Media

Sekiranya anda akan berkongsi maklumat peribadi seperti alamat dan nombor kad kredit dengan sebuah syarikat, pastikan maklumat anda dilindungi dengan selamat oleh laman web tersebut. Bagaimana anda tahu laman web tersebut adalah selamat? Semasa memasukkan maklumat kad kredit anda, terdapat dua tanda perlu diperhatikan anda. Perkara pertama yang perlu dicari adalah alamat yang mempunyai “https:” pada awalan dalam bar URL. “https:” melambangkan bahawa laman web tersebut adalah selamat dan maklumat anda akan kekal rahsia. Banyak laman web juga mempunyai simbol kunci yang tertutup dalam bar alamat mereka untuk menunjukkan bahawa laman web mereka adalah selamat. Keduanya perhatikan kotak sebelah kanan (order summary),  make sure setiap details yang tertera sepadan dengan tempahan termasuk informasi yang diberikan anda.

3. Kunci kelulusan dari pihak ke-3

Foto: Oh Media

The Better Business Bureau (BBB), VeriSign, Truste dan BizRate, antara cop yang biasanya digunakan oleh kebanyakan laman web yang menjual barangan secara online. Ini menandakan bahawa syarikat yang menpunyai cop itu boleh dipercayai dan ia mempunyai reputasi online yang baik. Tetapi hati-hati juga kebanyakannya mencuri imej tersebut dan letakkannya pada laman web mereka. Untuk pastikan logo itu adalah asli, jika anda tekan pada cop itu ia akan terus ke laman web organisasi tersebut.

4. Semak ulasan dari pengguna lain

Foto: Oh Media

Melihat ulasan daripada pihak ketiga kadang kala memberikan petunjuk yang baik untuk membeli sesuatu barang secara online kerana mereka mempunyai pengalaman tersebut sebelum anda. Markah keseluruhan yang pengguna beri adalah penting, tetapi anda perlu juga melihat ulasan-ulasan baik dan buruk tentang produk yang ingin dibeli itu. Kadang kala ulasan pengguna ini datangnya daripada kemarahan dan terlalu gembira sebagai contoh barang yang dibeli hanya terlambat sampai satu hari atas kesalahan syarikat penghantar barang bukan dari syarikat yang anda beli barang.

5. Pastikan syarikat jualan yang anda beli itu mudah dihubungi

Foto: Executive Boutique

Satu panduan baik untuk diikuti apabila cuba untuk mengetahui sama ada syarikat itu sah dan melihat sama ada ia mendedahkan lokasi fizikal mereka dengan alamat sebenar sama ada cawangan runcit atau lokasi ibu pejabat. Ketahuilah bahawa jika anda memilih pilihan chat berbual untuk bantuan pelanggan, pastikan bahawa soalan-soalan anda dijawab sepenuhnya dan ia adalah yang terbaik untuk mencatatkan perbualan itu. Berhati-hati dengan syarikat-syarikat yang hanya boleh dicapai melalui borang kenalan.

6. Mengkaji semula Dasar Polisi Syarikat

Foto: ValueWalk

Dasar polisi syarikat merupakan dokumen yang menyatakan bagaimana syarikat menguruskan maklumat dan data yang mereka terima pelanggan mereka. Beberapa syarikat menjual maklumat kepada pihak ketiga, kadang-kadang boleh menyebabkan isu keselamatan. Anda juga dinasihatkan untuk menyemak semasa melengkapkan maklumat pelanggan anda bahawa anda tidak secara automatik mendaftar untuk menerima e-mel daripada pihak ketiga, kerana ini membawa kepada banyak spam dalam e-mel anda.

7. Bayar  dengan menggunakan kad kredit

Foto: conchrepublicshopping.

Kad kredit adalah salah satu cara pembayaran paling selamat untuk pembayaran secara online. Pembayaran melalui cara ini meninggalkan rekod dengan bank dan sentiasa dilindungi daripada pembayaran yang tidak sah atas akaun anda. Pastikan anda sentiasa memeriksa penyata kad kredit anda supaya tiada caj yang bukan kehendak anda dikenakan atas akaun anda. Anggap sahaja penggunaan kad kredit itu sekadar untuk pembelian secara online sahaja. Cara ini boleh membantu anda untuk mencari kesilapan anda dalam pembelian secara online.

8. Simpan resit pembelian dan memeriksa pembelian semasa penghantaran

Foto: Entrepreneur

Setelah anda membuat pembayaran, ambil gambar atau cetak keluar bukti pembayaran tersebut supaya ia boleh menjadi bukti pembelian apabila datang masalah pada anda. Mempunyai rekod memudahkan anda untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apabila penghantaran sampai, periksa barangan tersebut supaya barangan yang sampai itu betul, lengkap dan tiada kerosakan. Jika ada sesuatu yang tidak kena pada barangan tersebut, ambil gambar sebagai bukti dan hubungi syarikat tersebut secepat mungkin.

Sumber: Oh Media

 

Yanie Baharom