Asyik rendang ayam & daging saja…apa kata kali ini korang tukar sikit intinya! Menu telur bukan hanya sederhana malah pelengkap rasa. Cubalah…
Rendang Telur Rebus
Bahan – bahannya:
6 biji telur yang sudah direbus dan dikupas
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 batang serai
1 helai daun kunyit
10 tangkai cili kering, dibuang biji dan di rebus
1 peket kerisik kelapa
½ cawan susu cair
½ cawan air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit air
Cara- caranya:
Bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan juga cili kering dikisar sehingga halus.Tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak dan masukkan susu cair. Gaul rata.
Masukkan telur rebus, daun kunyit dan kerisik. Biar seketika. Masukkan air asam jawa dan tambahkan garam dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api setelah rendang hampir kering. Siap!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅