Gaya Hidup By: Ad Ops August 20, 2019 @ 12:00pm

Ini sebab anda patut cuci dahulu baju yang baru dibeli sebelum pakai

Ada petua mengatakan jika anda menyarungkan terus ke badan baju yang baru dibeli tanpa membasuhnya terlebih dahulu, itu ialah petua awet muda. Tapi petua ini mungkin tidak boleh diamalkan kerana anda akan terima padahnya nanti.

Dermatitis sentuhan alergi ialah sejenis reaksi sistem imunisasi terhadap sejenis  alergen yang telah tersentuh pada kulit anda.

Reaksinya hanya akan muncul beberapa hari selepas kulit terdedah kepada bahan berkenaan dan ia boleh bertahan selama berminggu-minggu pada kulit anda.

“Apabila kita melihat dermatitis sentuhan alergi yang berpunca daripada pakaian, ia selalunya disebabkan oleh ‘pewarna disperse,’ kata profesor dermatologi daripada Case Westen Reserve University.

Pewarna ini sering digunakan dalam material kain sintetik seperti poliester dan nylon. Jumlahnya lebih tinggi pada kain yang baharu dan belum dibasuh.

Peluh dan geseran boleh menyebabkan pewarna ini meresap keluar daripada kain berkenaan.

Buat masa ini kita tidak pasti sejauh mana orang awam tahu mengenai alergi terhadap pewarna disperse ini. Tetapi satu cara untuk mengurangkan risikonya ialah dengan mencuci dahulu pakaian yang baharu.

Langkah ini juga mampu mencegah perkembangan alahan yang baharu terhadap badan anda. Jika pewarna itu memasuki mana-mana luka yang terdedah, ia boleh mengaktifkan sistem imunisasi anda dan menyebabkan sensitiviti jangka panjang.

Foto: Cottonique

David Andrews ialah seorang saintis yang pernah menyelidik kegunaan bahan kimia dalam industri tekstil. Beliau berkata bahan kimia ini bertujuan untuk mencegah kotoran, mencegah warna daripada luntur, mengekalkan kelembutan kain dan mengelakkan kedutan.

Pengeluar pakaian tidak perlu memaklumkan pelanggan mengenai perkara ini. Kebanyakan jenis bahan kimia ini belum lagi diselidik secara menyeluruh, ataupun tiada langsung penyelidikan yang dilakukan terhadap keselamatannya.

Ia bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada manusia, ia juga boleh dipindahkan ke dalam bekalan air dan udara kita. Lagi tinggi pula risikonya nanti.

Jadi ingat, ya! Jika anda tidak mahu kulit diserang rasa gatal, basuh dahulu pakaian baharu sebelum dipakai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 May 2020
Gaya Hidup Thu, 15 Apr 2021

Rekaan Moden & Sofistikated Busana Muslimah Serlahkan Keanggunan

Begitu banyak pilihan pakaian yang tersedia untuk kaum hawa di luar sana, namun kadang kala, ada masanya mereka masih buntu memilih rekaan busana untuk digayakan. Ada beberapa faktor yang dititikberatkan oleh wanita muslimah di luar […]

Gaya Hidup Fri, 5 Oct 2018

Teh Untuk Golongan “Have-Have”, Harga Segram Lebih Mahal Daripada Emas!

Patutlah harganya mahal, ianya terdapat di kawasan pergunungan sekitar bandar Wuyishan di China.

Gaya Hidup Wed, 13 Mar 2024
Gaya Hidup Wed, 21 Mar 2018

Jom Sejukkan Tekak Anda Dengan ‘Inside Scoop’! Lebih 31 Perisa Yang Boleh Anda Cuba

Ais krim merupakan dessert yang disukai oleh semua orang, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Featured Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Tangguh dulu kenduri kahwin, patuhi arahan jika mahu selamat

JAIS sedia tatacara pelaksanaan majlis nikah

Gaya Hidup Fri, 17 May 2019

Ikuti cara mandi wajib yang betul supaya puasa anda sah

Selepas habis datang haid atau bersama pasangan, anda perlu mandi wajib.

Featured Thu, 29 Dec 2022

Hantar Ke Airport Tunai Umrah, Beto Kusyairy Syukur Dikurniakan Sahabat Seperti Azhan Rani

Pelakon versatil, Azhan Rani menghantar sahabat baiknya, Beto Kusyairy ke lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah di kota Makkah.   View this post on Instagram   A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) Berdasarkan pemerhatian […]