Categories: Gaya Hidup

Jom Buat Mainan Kraftangan Ikan Unik Ini Untuk Anak Anda, Tak Susah Pun!

Salah satu cara untuk merapatkan hubungan anda dengan anak adalah dengan melakukan sebuah aktiviti bersama-sama.

Tapi ia tak semestinya sebuah aktiviti yang susah seperti bersukan atau beriadah di luar rumah. Di dalam rumah pun boleh!

Jika anda tiada idea, satu cadangan yang boleh Hijab & Heels berikan adalah seni kraftangan. Lagipun, sebagai seorang kanak-kanak, anda anda perlu asah bakat seninya dari kecil.

Aktiviti sebegini juga boleh memperbaiki koordinasi, mengasah kebolehan pemprosesan visual dan menggalakkan ekspresi kreativiti si kecil ini.

Anda dan dia boleh sama-sama cuba siapkan kraftangan ini, lalu mengeratkan hubungan anda berdua.

Kalau anda sedang mencari sejenis kraftangan yang cukup menarik untuk dibuat, apa kata anda cuba hasilkan paper fish seperti di bawah ini?

Foto: YouTube

Jarang kita lihat orang buat, kan? Yang menariknya ia boleh dibengkok dan digerak-gerakkan! Nampak realistiklah juga, kan?

Anda hanya memerlukan kertas berwarna (sediakan macam-macam warna, okay?), gam dan gunting.

Jom pelajari tutorialnya melalui video di bawah.

Selamat mencuba!

Sumber: 5-Minute Crafts

Ad Ops