Kejadian tragis berlaku apabila seorang ibu berusia 48 tahun tergamak membunuh dua anak kandungnya sebelum bertindak membunuh diri dalam sebuah insiden di bandar Aymavilles, Itali.
Marisa Charrere, seorang jururawat di Hospital Parini, Aosta, dilaporkan menyuntik dua anak kandungya bernama Nissen, tujuh tahun dan Vivien, sembilan tahun dengan bahan sama yang digunakan ke atas banduan yang dihukum mati di penjara Amerika Syarikat di kediaman mereka.
Sumber polis berkata, siasatan mendapati Charrere mendapatkan bahan tersebut dari hospital tempat dia bekerja. Tetapi, ujian toksikologi yang akan dijalankan akan menentukan punca sebenar kematian.
Difahamkan, mayat kesemua mangsa ditemui suami Charrere, Osvaldo Empereur selepas pulang dari tempat kerja sekitar tengah malam pada Khamis lalu.
Akibat terlalu terkejut dengan kejadian yang menimpa keluarganya, Empereur dan ibu mentuanya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Charrere dikatakan turut meninggalkan dua nota di rumahnya, mengatakan dia tidak lagi mampu untuk meneruskan kehidupan menyebabkan dia mengambil keputusan sedemikian.
Seorang kenalan rapat keluarga berkenaan, Simone Reitano berkata Cherrere tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami kemurungan malah dia juga tidak pernah mendengar pasangan tersebut bergaduh.
Sumber : Italian Insider
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..