Categories: AcaraGaya Hidup

Keaslian ramuan Herbal Essences diiktiraf oleh Royal Botanic Gardens!

Oleh Amnan Hibrahim

Produk kecantikan dan kebersihan yang berada di pasaran lazimnya menggunakan frasa-frasa seperti ‘organik’ dan ‘semula jadi’ sebagai strategi mempromosikan produk mereka kepada pengguna. Hal yang demikian berlaku kerana majoriti  rakyat Malaysia sedar akan kepentingan menggunakan produk kecantikan dan kebersihan yang menggunakan bahan organik untuk kesihatan mereka.

Namun begitu, terdapat banyak juga produk yang tidak menggunakan sepenuhnya bahan organik di dalam produk mereka dan hanya berselindung di sebalik nama organik dengan tujuan untuk menjual berkenaan. Senario ini menggusarkan pengguna di Malaysia yang pastinya mahukan yang terbaik buat kesihatan dan juga kecantikan diri mereka.

Sehubungan itu, jenama produk penjagaan rambut organik dan semula jadi, Herbal Essences, memperkukuhkan lagi kredibiliti jenama mereka di antara produk   organik yang berada di pasaran dengan memperkenalkan kerjasama yang dijalinkan dengan badan pengkaji tumbuhan, Royal Botanic Gardens (RBG), Kew, melalui kempen yang dinamakan #NaturallyLegit.

Antara produk penjagaan rambut yang dipamerkan pada acara pelancaran #NaturallyLegit. Foto: NSTP/NIK HARIFF HASSAN

Dalam kerjasama yang turut disertai Watsons Malaysia itu, RGB Kew mengiktiraf jenama Herbal Essences sebagai pengeluar produk kecantikan dan kebersihan yang terbukti ketulenan bahan semula jadi yang digunakan dalam produknya, Bio: renew, sekali gus menjadikan Herbal Essences sebagai satu-satunya jenama produk penjagaan rambut yang menerima pengiktirafan seumpama itu daripada organisasi berkenaan.

Pengurus Komersial Kecantikan P&G Malaysia, Sahil Sethi, berkata apa yang dilakukan oleh Royal Botanic Gardens, Kew dalam usahanya melakukan penyelidikan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuan semula jadi adalah sesuatu yang sinonim dengan apa yang syarikatnya sedang usahakan.

“Kami sentiasa yakin akan kebaikan dan juga kecantikan yang hadir hasil daripada kajian yang dilakukan dalam bidang ilmu pengetahuan mengenai tumbuh-tumbuhan.

“Dengan bantuan khidmat nasihat daripada RGB Kew yang mempunyai kepakaran dalam bidang kajian tumbuhan, kami pastinya  berupaya untuk menyediakan produk yang mampu menyergarkan dan mencantikkan rambut pengguna yang memakai produk kami,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran kempen #NaturallyLegit, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ivy Chew menunjukkan produk shampu baharu pada pelancaran kempen #NaturallyLegit. NSTP/NIK HARIFF HASSAN

Royal Botanic Garden, Kew adalah sebuah organisasi saintifik yang terdiri daripada saintis-saintis yang memiliki autoriti dalam pengkajian hal-hal berkenaan tumbuh-tumbuhan di seluruh dunia. 

Berpusat di United Kingdom, Royal Botanic Gardens, Kew juga adalah sebuah taman yang diiktiraf UNESCO sebagai salah satu Tapak Warisan Sejarah Dunia pada tahun 2003.

Selain daripada menjadi pusat penyimpanan terbesar bagi benih tumbuh-tumbuhan di seluruh dunia, kawasan yang berkeluasan 132 hektar ini juga adalah salah sebuah tempat di dunia yang sangat kaya dengan kepelbagaian spesis tumbuh-tumbuhan.

Yang turut hadir  ialah Pengarah Urusan Watsons, Caryn Loh; Ketua Saintis P&G Asia Pacific Haircare, Saint Tiu dan wakil Thinker Studios, Adly Syairi Ramly.

Caryn berkata, majoriti pengguna di Malaysia sudah mula beralih kepada produk-produk yang menggunakan kandungan bahan-bahan semula jadi.

“Hal ini kerana masyarakat di Malaysia sedar akan kebaikan jangka panjang yang mampu ditawarkan oleh produk yang diperbuat daripada bahan-bahan yang organik.

“Selain itu, mereka juga mengambil kira akan impak yang dihasilkan oleh produk yang digunakan terhadap alam sekitar,” katanya dalam kenyataan yang diberikan sempena pelancaran kempen tersebut.

Tambah beliau lagi, kerjasama dengan Herbal Essences ini adalah suatu usaha yang selari dengan visi Watsons Malaysia yang sentiasa komited dalam memenuhi kehendak pelanggannya.

Promosi produk shampu baharu pada pelancaran ‘Naturally Legit Watsons & Herbal Essences’ di The Farm Foodcraft, Bangsar South. NSTP/NIK HARIFF HASSAN

Terdapat pelbagai variasi tumbuh-tumbuhan yang digunakan di dalam produk penjagaan rambut Herbal Esences merangkumi Argan Oil of Morocco, White Strawberry & Sweet Mint, White Grapefruit & Modsa Mint, Rosmeary & Herbs, Passion Flowers & Rice Milk, Coconut Milk, Cucumber & Green Tea, Golden Moringa Oil, Arabica Coffee Fuit dan Bourbon Manuka Honey.

Pada acara pelancaran kempen #NaturallyLegit itu, Herbal Essences turut mengumumkan peraduan eksklusif yang akan memberikan peluang buat pemenangnya untuk menyertai Thinker Studios dalam lawatan ke Royal Botanic Gardens, Kew di London.

Bagi menyertai peraduan berkenaan, pengguna boleh dapatkan maklumat lanjut di Facebook Watsons Malaysia dan juga Youtube serta Instagram Thinker Studios.

tex_admin