Gaya Hidup By: tex_admin May 11, 2018 @ 1:00pm

Ketahui Maksud Sebenar Warna Penutup Botol Air Yang Biasa Anda Beli

Pernah tak anda terfikir maksud di sebalik warna botol air mineral yang anda beli? Kalau kita lihat terdapat warna penutup botol yang berbeza-beza seperti warna biru, hijau dan putih.

Untuk pengetahuan anda, setiap warna-warna penutup botol tersebut mempunyai identiti tersendiri. Penulis nak anda ambil tahu ada sebab kenapa ada sesetengah air mineral dijual dengan harga yang mahal. Kalau anda nak tahu sebab apa, jom baca info ini.

1. Penutup biru

Penutup yang berwarna biru ini diperolehi daripada sumber air bawah tanah yang dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan sebelum dibotolkan dan dilabel sebagai air mineral.

2. Penutup putih

Penutup putih pula, merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa menjadi air paip menyebabkan keaslian air itu hilang.

Kalau anda nak tahu, sebab inilah air penutup putih ini dijual dengan harga yang lebih murah berbanding air mineral penutup biru.

3. Penutup hijau

Air penutup hijau pula merupakan air mineral semulajadi yang diambil khas dari dalam tanah. Ia mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi.

4. Air mineral Evian

Kalau anda perasan, air mineral Evian ini dijual dengan harga yang jauh lebih mahal berbanding air mineral yang lain. Hal ini kerana, air mineral Evian ini dihasilkan daripada air mineral tulen daripada pergunungan Perancis dan diimport dari Perancis ke Malaysia.

Bagi anda yang pernah minum air jenis ini pasti rasanya berbeza. Ada yang berpendapat bahawa air Evian ini seperti air Zam-zam, rasanya sedikit masin dan payau. Ini disebabkan kandungan mineral atau garam galian yang tinggi didalamnya.

Kalau penulis lebih suka minum air mineral yang penutupnya berwarna hijau. Kalau anda pula?

Sumber: Ohmymedia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 23 Oct 2018
Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

Bercitarasakan Lokal, Aiskrim Teh Tarik Resipi Wajib Dicuba Anda. Yummy!

Bagi mereka yang bosan dengan perisa aiskrim biasa seperti vanilla, coklat dan strawberi atau sememangnya tekak teringin mencuba perisa bercitarasakan lokal, resipi Ais Krim Teh Tarik ini kami sarankan untuk dicuba anda di rumah. 

Gaya Hidup Fri, 7 Dec 2018
Featured Wed, 21 Aug 2019
Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Tiada Makanan Halal Di Disneyland Tokyo? Kedai Ini Boleh Deliver Bento Halal Untuk Anda

Tak syoknya bila tak ada makanan halal di Disneyland. Takkan nak kena bawa makanan sendiri pula?

Featured Tue, 12 Oct 2021

Nak Bercuti Rentas Negeri Tapi Masih Ragu-Ragu? Jangan Risau, Ikuti 5 Saranan Ini!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan berita gembira yang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia iaitu kebenaran untuk merentas negeri yang telah berkuatkuasa bermula Isnin, 11 Oktober 2021. Ramai yang sudah merancang untuk […]

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Imaginasi Terlalu Tinggi, Anak Achey Minum Air Menerusi Permainan Mudah Alih

Pelawak terkenal, Achey terkejut apabila anaknya, Nur Tiara Zinnirah ‘minum air’ menerusi permainan mudah alih di telefon pintar.   View this post on Instagram   A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung) Menerusi […]

Gaya Hidup Wed, 24 Oct 2018

5 Benda Di Pejabat Anda Yang Ada Kuman Paling Banyak

Lepas membaca artikel ini anda pasti akan lebih gunakan hand sanitizer.

Featured Wed, 15 May 2019
familuv Tue, 17 Jan 2023

“Sampai Mampus Pun Hidup Kau Sempit Sebab…” – Suami Fatin Afeefa Minta Netizen ‘Stop’ Bandingkan Diri

Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati warganet untuk tidak membandingkan diri sendiri dengan orang lain. @aliff_awangRILEK AAAA WEH Ramai sibuk mengejar impian tapi sekerat jalan. Semua berpunca dari KAU bandingkan diri KAU […]