Categories: Gaya Hidup

Orang Yang Berjaga Malam Lebih Berisiko Tinggi Untuk Meninggal Dunia Dengan Cepat, Menurut Kajian

Ingat tak zaman universiti atau sekolah dulu, apabila anda terpaksa bersengkang mata untuk study sampai ke pagi? Dapat tidur beberapa jam saja sebelum kena pergi ke kelas.

Situasi lain pula apabila anda leka bergayut dalam telefon dengan boyfriend atau melayari Internet berjam-jam sampai pukul 3 pagi.

Dengar bunyinya saja pun dah tahu yang tabiat ini tak elok diamalkan. Kini ada kajian terbaru yang membuktikan kenapa ia harus dielakkan sama sekali.

Ia menunjukkan bahawa orang yang gemar tidur lambat lebih berpotensi untuk meninggal dunia lebih cepat daripada mereka yang masuk tidur awal!

Kajian ini melibatkan 500,000 peserta berumur dari 30 ke 73 tahun dan mengikuti perkembangan hidup mereka selama 6 tahun setengah.

Para penyelidik mendapati mereka yang gemar “berfungsi” pada waktu malam (“night owl”) mempunyai risiko 10% lebih tinggi untuk meninggal dunia daripada mereka yang tidur pada waktu normal (“morning person”).

Alamak! Kalau orang-orang yang kerja shif malam tu macam mana?

Foto: pupilbox.com

Mereka juga mendapati yang night owl ini lebih cenderung untuk menghidap penyakit-penyakit seperti kencing manis, masalah sistem saraf dan gangguan pernafasan.

Ini bukan kajian pertama yang menunjukkan adanya kaitan di antara masa tidur lambat dengan tahap kesihatan yang lemah.

Menurut kajian lain, tidur lambat boleh menyebabkan kemurungan, penggunaan dadah serta gaya hidup yang negatif seperti mengamalkan diet yang tidak sihat.

Satu faktor lain yang menjejaskan kesihatan para night owl ialah kerana dunia ini lebih sesuai untuk mereka yang aktif pada waktu siang.

“Jika dia perlu menyesuaikan masanya dengan orang-orang yang kebanyakannya morning person, si night owl akan terpaksa menggadaikan waktu tidurnya.

“Perubahan dalam jam biologi badan mereka itu lama-kelamaan boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhan,” kata para pengkaji.

Foto: empresashoje.pt

Walau bagaimanapun, kajian ini hanya menunjukkan hubungan di antara mengetahui sama ada seseorang itu adalah seorang night owl, dan kematian yang lebih awal.

Itu sebabnya keputusan kajian ini belum lagi tetap. Yelah, memang sukar untuk menentukan jika peserta night owl telah tidur lambat pada setiap hari dalam 6 tahun setengah kajian itu berlangsung.

Sebenarnya ada cara positif bagi night owl untuk berubah menjadi morning person, walaupun para pengkaji berkata unsur genetik mereka yang menentukannya.

Menurut kajian oleh Kristen Knutson, seorang profesor dalam bidang saraf di Amerika, jika seseorang itu ingin menjadi morning person, mereka patut menetapkan waktu tidur yang awal dan mempraktikkannya.

Selain itu, mereka perlu dapatkan sinaran cahaya matahari pada waktu pagi dan cuba siapkan kerja pada waktu siang supaya mereka boleh rehat secukupnya di malam hari.

Sumber: Time

Ad Ops