Azira Shafinaz Akhirnya Nak Kahwin!

Penyanyi dan juga pengacara PopTV ini walaupun busy dengan dunia pengacaraan tapi nampaknya, beliau mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dengan lelaki yang dikenalinya sejak lima tahun lalu. 

Mula mencuri perhatian admin ketika persembahan beliau bersama Zizan Razak menerusi lagu Chentaku semasa Anugerah Skrin 2017, Azira nyata semakin cantik dan berseri-seri. 

Menurut Azira, beliau tidak akan melangsungkan majlis pertunangan seperti kebiasaan orang Melayu dan hanya terus melangsungkan perkahwinan sahaja. Wow!

“Kami memang saling mengenali dan ada perancangan untuk ke fasa yang lebih serius. Apapun setakat ini belum ada tarikh muktamad. Nanti apabila dah ada tarikh saya akan maklumkan.” Katanya

Bagi anggota De Fam ini juga, beliau masih belum bersedia mendedahkan siapakah gerangan jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu. 

“Saya rasa adalah lebih baiak untuk tidak mendedahkan identiti beliau kerana menghormati ruang peribadinya. Tetapi kalau sesiapa yang mengenali dirinya, saya tiada masalah dalam hal itu.” Tambahnya

Walaupun kumpulan De Fam dilihat kurang aktif dengan persembahan ataupun muncul dengan lagu terbaharu, Azira mengakui bahawa ketiga-tiga mereka sedang rancak dengan kerjaya solo masing-masing namun menjelaskan kumpulan mereka masih bersama.

Terbaru, De Fam akan tampil dengan single keempat mereka dalam masa yang terdekat. Tunggu!

Buat Azira, Tahniah!

Salma Syahbuddin