Categories: Gaya Hidup

Pernah tengok keranda ala-ala beg tangan Louis Vuitton? Klik kalau tak percaya!

Untungnya kita sebagai rakyat Malaysia, mewah dengan kepelbagaian bangsa, adat dan budaya hinggakan majlis pengebumian pun, setiap bangsa mempunyai adat tertentu terutamanya masyarakat India dan China. Sementara Melayu juga mempunyai cara tersendiri untuk mengebumikan jenazah.

Kalau anda pernah lihat majlis pengebumian orang Cina, pasti anda pernah nampak sekumpulan ahli keluarga berjalan sambil mengiringi van keranda si mati sambil membawa lukisan seperti kereta, rumah, kunci, duit, baju dan sebagainya.

Sempat hal ini ditanyakan kepada rakan setugas, Richard, apakah maksud di sebalik adat berkenaan. Tegasnya, lukisan itu ibarat hadiah daripada keluarga supaya si mati dapat menggunakannya di alam akhirat.

Tinggalkan adat majlis pengebumian bangsa berbilang kaum di Malaysia, kerana penulis lebih tertarik dengan kisah Paa Joe, seorang pereka keranda paling kreatif di Ghana.

Dia amat berbakat dalam bidang ukiran, malah mencipta pelbagai jenis keranda dengan reka bentuk yang menarik dan pelik.

Antara yang menjadi perbualan hangat netizen adalah keranda dengan reka bentuk kasut Air Jordan atau beg tangan Louis Vuitton Travel Tote duffle bag luggage dan  Supreme.

Reka bentuk jenis ini biasanya dipesan oleh pelanggan yang gemarkan fesyen dengan barangan berjenama, katanya.

Keranda dengan reka bentuk fancy bukan hal baru di Ghana. Dalam tradisi Abebuu Adekai yang popular di kalangan komuniti Ga, upacara pemakaman akan berlangsung dalam waktu yang panjang dan lama.

Bagi mereka, kematian seharusnya diraikan dengan kebahagian buat si mati dan untuk itu mereka menitikberatkan reka bentuk keranda bagi mengingati serta menghargai si mati.

“Acara pengebumian sepatutnya dirayakan di seluruh dunia kerana kita akan menghantar si mati ke destinasi terakhir untuk si mati berehat sambil bergaya,” kata Paa Joe.

Mencipta keranda dengan pelbagai reka bentuk telah menjadi aktiviti turun temurun buat keluarga Paa Joe. Ayahnya menurunkan ilmu itu kepadanya sewaktu dia berumur 16 tahun lagi.

Dia yang terkenal di Ghana mempunyai ramai pengikut di Instagram peribadinya. Semua ini disebabkan reka bentuk pelik yang dihasilkan oleh Paa Joe.

Antara penghargaan yang pernah dimenangi oleh beliau adalah karyanya pernah dipaparkan di Pompidou Centre di Paris, V&A di London dan Museum Brooklyn di New York.

Mahu lihat lebih banyak lagi keranda rekaan Paa Joe, boleh mengikutinya di Instagram menerusia akaun @paajoecoffins

 

Sumber: The Vocket

 

Yanie Baharom