Ruhainies Kena Kutuk, Kongsi Kisah Kekasih Beli Anggur Mahal!

Pelakon popular, Ruhainies yang pernah tular kerana makan nasi kandar di dalam kereta Ferrari milik kekasihnya kini menjadi buah mulut netizen lagi apabila memuatnaik video anggur yang dibeli dengan harga mahal iaitu RM148 tetapi hanya mengandungi 20 biji anggur. 

“Semalam saya minta dia belikan anggur. Tidak menjangka pula dia beli anggur dengan harga sebegitu.

“Kalau saya beli sendiri dapat yang RM10 atau RM20 pun sudah okey.  Asal saja dapat makan buah yang disukai. 

“Dia sebenarnya jenis suka bagi orang puas hati. Katanya, saya layak dapat yang terbaik. Macam sebelum ini pun, dia belanja RM1,000 untuk durian,” katanya kepada Harian Metro. 

Namun pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, bukan niatnya untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar hanya mahu mengusik tindakan kekasihnya yang membayar harga mahal untuk membeli anggur. 

Walau bagaimanapun, perkongsian jujurnya di laman sosial Instagram miliknya itu menjadi topik perbincangan hangat netizen sehingga ramai yang mengutuknya ‘riak’.

“Komen mereka itu tak padan dengan rupa. Bukan main lagi mereka seronok mengutuk mengatakan saya riak. Sedangkan saya kongsi perkara lawak.
“Perkara remeh pun mereka nak jadikan isu.  Macam saya ini buat kesalahan berat. Cuba sesekali memandang perkara sebegitu sebagai bahan hiburan.
“Mereka tak bosan dan tak penat setiap hari nak ‘stalk’ Instagram orang? Apa pun, saya tetap berterima kasih kepada mereka kerana memberi perhatian pada saya. Perkara buruk yang mereka cakap mengenai saya, pahalanya jatuh pada saya,” katanya lagi.
Kredit Foto: Instagram @ruhainies7

 

Del14