Categories: Gaya Hidup

“Saya Terkejut Apabila…” – Dilantik Duta ‘Hamilton by Yoop’, Berniqab Bukan Halangan Neelofa Disambar Jenama Antarabangsa

Selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa syukur apabila masih dipilih menjadi wajah wakilan pelbagai jenama antarabangsa biarpun tampil dengan imej berniqab.

Terbaharu, jenama utama untuk ibu bapa, Hamilton by Yoop, dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Neelofa sebagai duta pertama, menyumbangkan gaya uniknya dan pengalaman dalam perkembangan tumbesaran anak-anak kepada masyarakat.

“Ketika mula memakai niqab pada tahun 2020, jenama-jenama besar masih menjalin kolaborasi dengan saya. Terdetik dalam hati, ada lagi rezeki untuk saya berkerjasama dengan mereka.

“Lama kelamaan saya sedar, menjadi wajah atau wakil sesuatu jenama bukanlah kerana penampilan semata-mata. Penilaian dilakukan menerusi bagaimana kita membawa jenama tersebut untuk diperkenalkan kepada orang ramai. Personaliti, karakter, vibes, persona dan aura, semuanya diambil kira oleh sesebuah jenama,” katanya.

Tambah Neelofa, niqab bukan menjadi penghalang untuk dia menjalin kolaborasi, terutamanya dengan jenama Hamilton by Yoop.

“Syukur, niqab bukan penghalang. Saya terkejut apabila jenama stroller dan kerusi kereta ternama kanak-kanak seperti Hamilton mahu menjalin kerjasama dengan saya. Biarpun saya sendiri tidak mewujudkan akaun media sosial untuk anak-anak, tetapi mereka tahu kekuatan untuk mempromosikan itu datang dari saya.

“Saya telah dipilih sebagai wajah kempen ‘Enjoy Parenthood with Easy Everywhere’ oleh Hamilton b. Kolaborasi ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa menjadi ibu bapa adalah pengalaman yang universal dan menyeronokkan, suatu saat yang patut dihargai dan diraikan.

“Saya sangat gembira dengan pelantikan ini. Saya teruja untuk berkongsi dengan ibu bapa di luar sana bagaimana produk berkualiti mampu menjadikan kehidupan seorang ibu bekerja seperti saya lebih mudah diurus dan perjalanan ini lebih menarik dan indah. Saya bersyukur atas kepercayaan yang diberikan dan berharap agar yang terjalin ini mampu memberikan kejayaan dan impak positif,” katanya lagi.

Padin