Categories: Gaya Hidup

Timun Bukan Sahaja Manfaat Untuk Cantik, Malah Untuk Kesihatan Badan

Umum mengetahui timun mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan kulit wajah seperti membantu merawat masalah jerawat, mencegah penuaan, melawan radikal bebas, mengurangkan bintik hitam serta masalah lingkaran hitam bawah mata.

Namun, tahukah anda timun atau nama saintifiknya cucumis sativus juga memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan badan. Berikut merupakan sebab mengapa anda perlu memasukkan timun dalam senarai diet seharian anda.

1. Hidrat Tubuh

100 gram timun mengandungi 95% air dan ia boleh mengimbangi kandungan air yang kurang dalam badan. Ia sekaligus membantu menghidratkan badan anda.

2. Kawal tekanan darah

Timun kaya dengan kalium yang berfungsi untuk membantu mengimbangi kadar sodium yang ada pada ginjal. Justeru, tekanan darah akan stabil serta dapat membantu mencegah hipertensi ataupun tekanan darah naik.

3. Bantu Pencernaan

Timun juga kaya dengan dua elemen asas yang diperlukan untuk pencernaan iaitu air dan serat. Menambah timun ke dalam jus atau salad boleh membantu memenuhi keperluan ideal jumlah serat yang diperlukan tubuh iaitu 50 gra per 1000 kalori yang diambil. Kulit timun pula mengandungi serat yang tidak larut dan mampu membantu menambahkan jumlah najis yang banyak. Ia turut membantu makanan bergerak melalui saluran pencernaan dengan cepat serta merawat masalah sembelit.

4. Turunkan berat badan

Bagi anda yang sedang berusaha menurunkan atau menjaga berat badan ideal, anda boleh mengambil timun di dalam sup dan salad anda atau meminum airnya. Ia dipercayai dapat membantu anda merasa lebih kenyang dengan kadar kalori yang sangat rendah.

5. Cegah Kanser

Polifenol yang terdapat di dalam timun dikatakan mampu membantu merendahkan risiko kanser payudara, rahim dan ovari. Sayur ini juga dikatakan mengandungi fitonutrien yang dikenali sebagai cucurbitacins yang mempunyai sifat antikanser serta mampu melawan pertumbuhan sel kanser.

6. Buang Toksin

Cecair yang terkandung dalam timun bertindak membuang toksin dalam badan. Ia juga boleh membantu menghilangkan batu dalam buah pinggang.

7. Kuatkan Tulang

Timun memiliki kandungan vitamin K yang sangat tinggi. Segelas air timun mampu memenuhi hingga 20% vitamin K yang diperlukan setiap hari. Vitamin ini sangat berguna untuk memproduksi protein yang diperlukan tulang.

Terdapat banyak lagi khasiat timun untuk kesihatan badan antaranya membekalkan keperluan vitamin harian, meningkatkan sistem imun badan, memberikan tenaga, merendahkan risiko penyakit jantung, merawat stres dan mengurangkan masalah mulut berbau.

Sumber : Aplikasi Wanita

Ad Ops