FARID KAMIL JALANI KESIHATAN MENTAL DENGAN SEGERA! – FADZIL ZAHARI

Adik Farid Kamil, Fadzil Zahari memberitahu mereka sekeluarga tidak akan melengah-lengahkan abangnya itu menjalani pemeriksaan kesihatan mental dalam masa yang terdekat. 

“Apa yang penting adalah kesihatan dalaman dan fizikal Farid. Selepas ini, baru kita bawa jumpa pakar untuk memeriksa keadaan kesihatan mentalnya,” katanya yang akan turut mempertemukan Farid dengan dua anaknya itu selepas sahaja dibebaskan.

Fadzil juga berharap agar tiada lagi pihak yang akan membuat apa-apa spekulasi berhubung kes abangnya ini kerana, kes ini masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

“Syukur abang kami dibebaskan hari ini. Kami membawanya pulang. Harap buat masa ini rakan media memberinya ruang untuk bertenang. Pada masa sama, kami berharap tiada lagi individu yang mengeluarkan cerita mengelirukan. Segala-galanya sudah di peringkat mahkamah. Biarkan pihak berwajib jalankan tugas tanpa gangguan,” katanya.

Fadzil ditemui selepas prosiding mahkamah abangnya sebentar tadi.

Salma Syahbuddin