Categories: Gaya Hidup

Suplemen Kolagen. Selamat Atau Tidak?

Suplemen berkolagen kini semakin mendapat tempat di hati golongan wanita lebih-lebih lagi ia dikatakan mampu mencantikkan, mencerahkan serta mengembalikan keanjalan kulit. Namun, tahukah anda pengambilan produk kolagen dalam kuantiti yang banyak boleh memberi kesan terhadap kesihatan?

Berikut merupakan antara masalah yang mungkin anda hadapi jika mengambil kolagen.

1. Alergi

Efek yang paling umum terjadi jika mengambil kolagen adalah alergi pada kulit. Mereka yang mengambil kolagen memang akan nampak kesan positif pada awalnya, namun, untuk jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan masalah kulit. Antara kesan yang berlaku adalah kemerahan serta rasa gatal pada kulit.

Kulit muka kemerahan kesan pengambilan kolagen secara berlebihan

2. Kegagalan fungsi hati

Pengambilan kolagen tanpa had boleh memberikan kesan kepada fungsi hati. Ini kerana kandungan kolagen yang masuk dalam badan akan diproses di hati. Jika diambil berlebihan, ia akan memberi beban kepada hati untuk bekerja lebih keras sekaligus boleh mengakibatkan kerosakan sel hati.

3. Sembelit

Mereka yang mengomsumsi lebih kolagen boleh mengalami kesulitan untuk membuang air besar sehingga boleh menyebabkan masalah buasir. Justeru, anda perlu minum air putih dalam kuantiti yang banyak dan mengambil makanan yang mengandungi serat tinggi.

Sembelit sesuatu yang sengsara

4. Kerosakan buah pinggang

Kebanyakan suplemen yang berada di pasaran tidak mengandungi kolagen semata-mata, tetapi berkemungkinan mengandungi bahan pengawet untuk memastikan produk tersebut stabil. Jadi, jika dikumuhkan secara berlebihan, pengguna berisiko mengalami sel buah pinggang rosak dalam jangka masa panjang.

Faktor-faktor lain yang mungkin berlaku jika mengambil kolagen dalam kuantiti yang berlebihan ialah sesak nafas, tekanan darah menurun, mual dan muntah.

Justeru, anda dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu konsultasi daripada pakar perubatan sebelum mengambil kuantiti kolagen yang sesuai. Jangan hanya kerana mahu cepat cantik, soal kesihatan diabaikan.

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :- Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid dan AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Ad Ops