TERIMA KASIH KEPADA SEMUA? – FARID KAMIL

Minggu lepas sahaja semua peminat Farid  Kamil dikejutkan dengan penangkapan beliau kerana dikatakan telah menampar dan memukul seorang anggot apolis dan orang awam yang berada di balai Polis Trafik Kota Damansara pada Jumaat. 

Berikutan penahanan Farid itu, tempoh reman pelakon tersebut telah dilanjutkan sehari lagi bermula hari ini dan selasa. Perintah tersebut telah dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairul Azhar Mohd Ishak. 

Dengan memakai kemeja berwarna biru dan berseluar lokap itu, Farid kelihatan begitu tenang sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada beliau sambil memberitahu beliau berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

 

Kelihatan adik Farid iaitu Fadzil Zahari turut hadir bagi menemani abangnya dalam perbicaraan tersebut. Selain itu, rakan artis seperti Azhan Rani dan Azad Jasmin juga kelihatan bagi memberikan sokongan kepada beliau.

 

Salma Syahbuddin