Categories: Gaya Hidup

Tips Menabung Bagi Anda Yang Nak Pergi Travel Banyak Negara!

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk travel ke setiap negara yang mereka suka. Mesti ada yang nak travel ke luar negara mahupun dalam negara kan? Yela, sudah penat bekerja, travel adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk melepaskan tekanan.

Tetapi tak semua orang mempunyai bajet untuk travel, ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutamanya jika menetap di ibu kota. Kadang-kadang nak shopping pun kena berjimat! Apatah lagi nak travel kan?

Jadi, ini tips mudah untuk anda cuba untuk capai impian untuk pergi travel. Tetapi sebelum menabung, pastikan anda set target nak kumpul berapa, destinasi percutian dan bila anda mahu bercuti.

1. Simpan sehari RM5 atau RM10

Anda perlu memastikan bahawa nilai tabungan mestilah mengikut kemampuan diri. Apa yang penting adalah perlu konsisten! Sebagai contoh, anda nak travel ke Korea:

1 hari anggaran perbelanjaan di Korea RM530

Jadi, sehari kumpul -> RM 5 X 30 hari = RM150

10 bulan -> RM150 X 10 = RM1500

Anda dah boleh travel ke Korea selama tiga hari. Jadi, anda sendiri boleh tentukan sama ada nak tabung RM5 atau RM10; makin lama menabung makin banyak hasilnya!

2. Cari Passive Income

Anda boleh mencuba untuk buat ‘part time’ seperti online business, baking atau apa-apa yang boleh tambahkan simpanan wang anda. Bila anda dah ada tambahan wang ini, anda tidak perlu lagi menyentuh gaji bulanan.

Hari ini, ramai yang buat dua kerja dalam satu masa untuk mencari duit lebih. Buat part time Uber dan Grab pun okay!

3. Jadi Personal Shopper

Alang-alang nak pergi travel, anda boleh jadi Personal Shopper untuk kawan-kawan kan? Ataupun beberapa bulan sebelum anda ingin pergi travel, ambil order dahulu dengan duit deposit 70%. Senaraikan item-item yang dipesan. Lagi mudah, anda boleh mencipta satu akaun Instagram untuk mencari pelanggan. Pastikan terima order dengan deposit ya! 

4. Simpan duit dalam currency USD / Euro / Pound

Anda boleh menukar sikit-sikit duit simpanan ke mata wang yang lain. Sebabnya takut terleka shopping nanti terguna pula duit simpanan tu kan? Lagi pun kalau dah tukar awal-awal kan lebih senang bila tiba nak pergi travel

https://www.hostelsconnections.com/travel-in-paris.html

Jadi pada anda yang nak travel tu, boleh lah ikut tips ini okay! Cara ini akan melatih anda untuk terus menabung bukan sahaja nak pergi travel, tetapi kalau anda ingin membeli sesuatu barangan yang anda impikan. 

Sumber:https://tmplbackpackers.my/

tex_admin