Instagram Ziana ‘Dihujani’ Ribuan Komen Positif

Susulan kes suami penyanyi Ziana Zain yang didakwa atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari lalu, penyanyi itu memohon diberikan ruang privasi buat masa ini.

Tulis Ziana menerusi Instagramnya, “Jangan menghakimi kehidupan saya jika anda tidak berada di tempat saya,”

Petikan kata-kata itu mendapat lebih 26,345 ‘like’ selain menerima kira-kira 1,378 komen yang rata ratanya mahu Ziana terus bersabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut.

Armin ditahan polis pada 2 Mac lalu susulan laporan polis yang dibuat oleh Ziana berhubung kes itu di Balai Polis Bukit Jelutong pada 27 Februari lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan selama 20 tahun itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18; Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Apapun, sabar yer Kak Ziana, kami doakan segala urusan dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik…

 

SGMS Faida