Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 18, 2018 @ 9:59am

Gempar! Lepas 39 Pelajar, Guru Pula Histeria…

Seramai 39 pelajar dan lima guru diserang histeria ketika perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh, Kota Bharu, hari ini.

Pengetuanya Norriha Abd Rahman ketika ditemui berkata, kejadian berlaku di dewan terbuka ketika pelajar sedang berhimpun bagi sesi perhimpunan sekolah 7.30 pagi.

Katanya, mereka baru sahaja selesai membaca al-Quran sebelum seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua menjerit dan ‘merebak’ kepada pelajar lain.

“Kejadian histeria bermula semalam lagi apabila pelajar yang sama diserang histeria ketika perhimpunan, namun hanya membabitkan empat pelajar.

“Hari ini pelajar yang sama diserang histeria sekali lagi dan berjangkit kepada pelajar perempuan lain membabitkan semua pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam,” katanya.

Norriha berkata, kejadian histeria itu berlaku kira-kira 40 minit sebelum pelajar dirawat oleh pusat rawatan Darul Syifa seperti yang diarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Katanya, pelajar yang dirawat itu kemudian dibenarkan pulang.

“Atas faktor keselamatan dan arahan JPN, sesi persekolahan juga ditamatkan lebih awal iaitu pada 11 pagi dengan semua pelajar dibenarkan pulang,” katanya.

Selepas tamat sesi persekolahan, beberapa guru pula diserang histeria di sekolah terbabit, kira-kira 1 tengah hari.

Guru terbabit tiba-tiba menjerit dan menangis sebelum dirawat dengan bacaan al-Quran oleh Pengarah Darul Syifa Negeri Kelantan, Ustaz Zaki Ya.

Sementara itu, Zaki berkata, beliau ke sekolah itu selepas dihubungi pihak JPN dan mendapati keadaan agak kecoh apabila pelajar yang terkena histeria sedang menjerit dan berkelakuan agresif.

“Saya dibantu empat ustaz daripada Darul Syifa dan kami berikan rawatan kepada pelajar sebelum membenarkan mereka pulang.

“Kebiasaannya histeria berkumpulan ini disebabkan gangguan makhluk halus,” katanya.
Difahamkan pihak sekolah akan mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin malam ini bagi menjaga keselamatan sekolah.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Feb 2025

Tampil Elemen Retro, ‘Nostalgia’ Tonjol Vokal Luar Biasa Ernie Zakri

Ernie menyifatkan rakaman lagu Nostalgia sangat menyeronokkan.

Trending Sun, 10 May 2020
Featured Thu, 6 Jan 2022

“Tersembur Air Kopi Saya Tengok Awak…” – Nyanyian Michael Ang Timbul Berbagai Reaksi Netizen

Pengarah terkenal Michael Ang kini mencuba bakatnya di dalam bidang nyanyian apabila lagunya bertajuk Cinta Atau Propa telah dikeluarkan di saluran YouTube Indigital Music pada Rabu. Menerusi video muzik lagu itu, Michael berjaket merah sambil […]

Featured Tue, 27 Dec 2022

[VIDEO] Adegan Mesra Aliff Aziz & Sophia Albarakbah Buat Netizen Risau

Sweetnya! Berlakon saja tapi ada yang risau Bella jeles nanti

Trending Fri, 18 Jun 2021

Inisiatif e-Payroll KWSP Bantu Kurangkan Kos PKS, Usahawan – Tengku Zafrul

Inisiatif ini untuk bantu golongan peniaga -peniaga kecil kita

error: Content is protected !!