Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Putri October 22, 2018 @ 2:42pm

Ginseng Korea Vs Ginseng Amerika: Manakah yang Terbaik?

Apakah itu ginseng?

Ginseng merupakan tanaman yang dipercayai sangat bermanfaat untuk kesihatan, daya tahan tubuh, dan ketahanan daya ingat. Selain itu, ginseng juga dipercayai berfungsi sebagai adaptogen, atau zat yang mampu membantu kita menyesuaikan diri ketika kita dalam keadaan tertekan.

Daripada kebanyakan jenis ginseng yang berada di pasaran, ginseng Korea (Panax ginseng) dan ginseng Amerika (Panax quinqefolius) merupakan dua jenis ginseng yang paling banyak dikenali dan paling banyak dijual di pasaran. Sebenarnya apa perbezaan antara keduanya? Lalu, manakah yang memberikan manfaat yang lebih baik?

Sebenarnya, ginseng Amerika dan ginseng Korea sama dengan ginseng yang lain, iaitu memiliki kandungan aktif yang bernama ginsenosides. Kandungan ginsenosides ini berbeza di dalam dua jenis ginseng ini.

Salah satu sumber menyebutkan bahawa kadar ginsenosides yang dimiliki ginseng Amerika lebih tinggi,iaitu 29 dibandingkan dengan kandungan ginsenosides pada ginseng Korea yang hanya 20. Meskipun demikian, menurut British Columbia Ministry of Agriculture and Food, kandungan ginsenosides yang dimiliki ginseng Korea lebih baik untuk kesihatan.

Oleh sebab itu, ginseng Korea banyak digunakan untuk meningkatkan kesihatan otak, terutamanya untuk daya ingat. Selain itu, ginseng Korea juga dipercayai dapat membantu mengubati diabetes tahap 2, dengan menstabilkan kadar gula darah.

Berbeza dengan ginseng Korea, kandungan ginsenosides pada ginseng Amerika yang lebih tinggi sangat efektif untuk membantu kita menyesuaikan diri ketika sedang menghadapi ‘stress’. Selain itu, kadar ginsenosides yang tinggi pada ginseng Amerika juga membuat kita merasa lebih sihat.

Namun demikian, perlu diingat juga bahawa ginseng tumbuh di dalam alam liar. Kandungan ginesosides di dalam setiap ginseng pada spesies yang sama memiliki kadar yang berbeza. Perbezaan ini bergantung pada usia tanaman dan keadaan tempat ginseng itu ditanam, 

Jadi, ginseng mana yang menjadi pilihan anda, bergantung juga kepada sebab mengapa anda memilih antara salah satunya. Namun perlu diingat, walaupun ginseng dipercayai dapat membantu menjaga kesihatan anda, ginseng secara umumnya tidak dapat menggantikan ubat yang diberikan oleh doktor.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

Tahniah Yuna, Adam Sinclair Sah Bergelar Suami Isteri

Yuna dan juga pilihan hati, Adam Sinclair telah selamat bernikah. Perkara tersebut dikongsikan oleh Tengku Bakar di Instagram miliknya. Selain gambar pernikahan, Tengku Bakar turut berkongsikan beberapa keping gambar sebelum majlis tersebut berlangsung. Sementara itu menurut laporan […]

Featured Sat, 11 Feb 2023

Dikritik Memalukan Ibu Mentua Selepas Kongsi Video Menari Dengan Suami, Fasha Sandha Tepis Netizen

Bila lagi nak bermesra dengan suami kan? 🤪🥰 Netizen jealous ke tuuu?

Featured Thu, 12 Jan 2023

Ustazah Asma Harun Dedah Puteri Sarah Pernah Minta Nasihat, Akui Masih Sayangkan Suami

Allahu.. Semoga Sarah tabah menghadapi ujian rumah tangga ini

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Fara Fauzana Kembali Ke Konti?

Yeay! Meriah lah konti lepas ni dengan suara kak Fafau kita!

Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Fri, 28 Oct 2022
Drama Mon, 18 Aug 2025

Norish Karman Lebih Berdikari, Tak Kisah Berhabis Ribuan Ringgit Demi Watak

Kata Norish, sikap itu adalah hasil pengalaman lampau sebagai anak seni.

error: Content is protected !!