Euforia Bola 2026
Anugerah By: Maya Basir August 28, 2023 @ 12:50am

Hey What’s Up Guy! Khairul Aming Menang Creator Of The Year, Ini Senarai Penuh Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023

Pempengaruh media sosial, Khairul Aming dinobatkan sebagai Creator of The Year buat julung kalinya di TikTok Awards Malaysia 2023.

Khairul Aming berjaya menewaskan lima calon lain iaitu Boss James yang mengendalikan akaun TikTok @bossjames_eo; Lawyer Gandhi (@lawyerghandi); Auntie Purple (@auntiepurple248); Ceddy (@ceddyornot) dan Sally (@sallywhoo).

Khairul yang mula dikenali dengan mencipta kandungan makanan pada bulan Ramadan berkata kemenangannya adalah hasil sokongan keluarga, rakan pencipta kandungan serta pasukan perniagaannya.

“Terima kasih kepada mak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet. Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini mesti dia berbangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras,” katanya.

Pada masa sama, Khairul memberi pesanan kepada pelapis pencipta kandungan muda untuk menghabiskan pelajaran terlebih dahulu.

“Kepada anak muda yang menceburi bidang ini, kalau masih bersekolah, habiskan belajar dahulu supaya keluar nanti boleh jadi pencipta kandungan berkualiti.

“Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja, tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah,” ujarnya.

TikTok Awards Malaysia 2023 berlangsung dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

TikTok Awards Malaysia 2023 mempertandingkan 13 kategori yang dibahagi kepada pilihan juri dan pilihan peminat.

Berikut adalah senarai pemenang penuh TikTok Awards Malaysia:

Judge’s Pick:
1. Best of Beauty & Fashion – Shahira

2. Best of Education – Sir Asai

3. Best of Entertainment – Eiqa Maleq

4. Best of Foodie – Syifa Jamil

5. Best of Gaming – Sultan Riq

6. Best of Sports – Khalish

People’s Choice:

1. Creator of The Year – Khairul Aming

2. Rising Star of the Year – Ikhmal Nour

3. Popular Creator of the Year – Ryan Bakery

4. Popular Animation Account of the Year – Upin & Ipin

5. Celebrity of the Year – Aeril Zafrel

6. Live Creator of the Year – Tiger Labu

7. TikTok Shop Creator of the Year – Anas Zahrin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Mon, 20 Mar 2023

Alha Alfa Dimensikan Anugerah Gilang Gemilang AJL 37!

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) yang didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics pada malam 12 Februari lalu berlangsung penuh meriah dengan 5.4 juta capaian tontonan di TV3 dan 1.75 juta capaian di platform digital. Sementara […]

Anugerah Wed, 7 Feb 2024

“Dia Sendiri Tawarkan Diri” – Aisha Retno Bakal Gayakan Busana Teh Firdaus Di Pentas AJL38

Fuhhh tak sabar nak tengok hasil tangan Teh Firdaus buat Aisha masa AJL38 nanti!

Anugerah Sun, 23 Jul 2023
Anugerah Mon, 6 Feb 2023

AJL 37: Mahu Penonton ‘Sengsara’, Khai Bahar Bakal Tonjolkan Elemen Seram Dalam Persembahan?

Alamak! Seram dengar.. Jangan lupa Tengok AJL37 12 februari depan

error: Content is protected !!