10.4 Juta Pelawat Di Platform Digital REV Media, MyUndi Main Peranan Penting!

Malaysia mencipta sejarah apabila seluruh rakyat keluar menunaikan tanggungjawab membuang undi pada Sabtu, 19 November lalu untuk Pilihanraya Raya Umum (PRU) yang ke-15.

Portal MyUndi yang diperkenalkan oleh REV Media Group pada 2018 ketika PRU14 sekali lagi menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mengetahui segala perkembangan terkini PRU.

Boleh diakses sepanjang 24 jam waktu sebenar, MyUndi menyediakan cerita berita, video, maklumat grafik dan kandungan berkaitan pilihan raya yang komprehensif dan menarik.

Penurunan umur mengundi kepada 18 tahun selepas pelaksanaan baharu UNDI18 tahun ini menyumbang kepada hampir 8 juta pengundi baharu.

Bagi pengundi pertama kali, MyUndi memainkan peranan penting menyediakan maklumat dan data yang menyeluruh untuk memastikan pengundi sedia maklum.

MyUndi juga menyediakan banyak artikel mengenai calon dan parti, untuk mendidik rakyat Malaysia tentang proses pilihan raya dan telah diterjemahkan kepada kenaikan Paparan Halaman (PV) dan Paparan Unik (UV).

Pada malam pilihan raya sahaja, semua laman sesawang digital di bawah REV antaranya New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, Free Malaysia Today, SAYS yang menerima jumlah pelawat kira-kira 10.4 juta mencecah kira-kira 50% daripada Jumlah Populasi Internet di Malaysia.

Gabungan kesemua laman sesawang digital menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa berbanding PRU14 (2018) sebelum ini, di mana jumlah pengguna ke platform telah meningkat sebanyak 85% manakala PV telah meningkat sebanyak 316%.

MyUndi turut memperkenalkan ciri baharu iaitu Suara Kita yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyuarakan pendapat dan idea mereka berhubung kerajaan baharu yang akan dipilih (sebelum mengundi).

Dengan info data ini dan pemetaan ke REV ID, penyelesaian hak milik yang dibina secara dalaman untuk menggerakkan pengumpulan first-party data, REV dapat mengoptimumkan capaian dan penukaran kandungan sepanjang tempoh pilihan raya.

Gabungan First-Party data dengan trafik semasa PRU15 membolehkan REV memperkaya pengumpulan First-party data mereka yang membolehkan mereka melaksanakan lebih banyak kempen sasaran dengan penukaran yang lebih baik pada masa hadapan.

Sebagai penerbit media digital terbesar di Malaysia, REV berjaya menyampaikan maklumat yang menyeluruh dan menarik semasa tempoh pilihan raya kepada rakyat Malaysia dan berjaya meraih 82 juta tanggapan (impressions) melalui semua iklan digital di semua laman sesawang  digital REV.

Selain dari itu, MyUndi juga telah menjadi antara carian tertinggi dan tersenarai di tempat kelima dalam Top Trending Searches di Malaysia oleh Google untuk tahun ini.

Dengan pilihan raya negeri yang akan datang pada 2023 untuk negeri-negeri tertentu, REV akan dapat memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengundi melalui platformnya dan juga nilai yang lebih tinggi kepada jenama/pelanggan yang memaksimumkan First-Party Data melalui REV ID.

Maya Basir