“Dia Buat Sesuatu Yang Tak Okay” – Puteri Balqis Dedah Diugut Oleh Akaun Palsu Di TikTok

Pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, mendedahkan dirinya diugut oleh individu tidak dikenali dengan mencipta akaun palsu serta memburuk-burukkan namanya.

Puteri atau lebih mesra disapa dengan panggilan Aqish berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

Jelas Aqish, dia memohon individu berkenaan untuk berhenti sebelum pihaknya mengambil tindakan selanjutnya.

“Akaun ni ugut Aqish, dia buat sesuatu yang tak okay dekat Aqish. Tolong report akaun ni. Tolong berhenti sebelum kami ambil tindakan,” tulisnya.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA akaun tersebut sehingga kini masih aktif memuat naik video-video milik Aqish serta mempunyai lebih 200,000 pengikut dan 1.5 juta sukaan.

Terdahulu, Aqish menolak tawaran segelintir pihak untuk reviu produk yang tidak bersesuan seperti mempromosikan jamu, pemutih kulit dan krim payudara keran amasih dibawah umur.

Artikel Berkaitan: “Saya Bawah Umur” – Tolak Review Produk Besarkan Pay*dara, Puteri Balqish Akui ‘Cerewet’

Sebelum ini, pelakon drama Dania memaklumkan dirinya aktif dalam media sosial TikTok hanya untuk tujuan bekerja sahaja.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Balqis Buka Akaun TikTok, Hanya Guna Untuk Tujuan Kerja – “Saya Kekok Dan Takut”

Atiqah Johari